Benda sama

Dah masuk awal pagi Jumaat. Jam menunjukkan 12.30 pagi. Mata belum nak terlelap. Saya terfikir banyak perkara. Penting, tak penting, remeh, mengarut semua ada. Streamyx kat rumah ni pun dah ok. Tahap kestabilannya saya bagi B+ la. Belum layak dapat lebih dari tu.

Ishkkk, awaitla malam ni. Nak kata fikir MASALAH umat 100% tu takla. bercampur-campur. Allah, lemah sungguh!Nak tegur budak kat kampus yang duk bercampur sesuka hati pun dah tak mampu. Ikut suka hati je nak berdating kat cafe. Depan Ustaz pulak tu. Nak je aku luku kepala-kepala muka tak tau malu yang tengah bermesra mesraan depan pensyarah AI (Akademi Islam). Bengang!Hati membebel, sambil mata memandang dengan pandangan marah gila.

Lepas tu, mulala mulut pulak membebel dalam kereta sampai Apartment Sri Mawar (Rumah sewa). Yang jadi mangsa sahabat saya, Zahir. Mangsa bebelan. Kesian zahir.. Dah masuk rumah pun sambung lagi tu. Kesian sahabatku.. Mujurla dah 4 tahun kenal. Kami dah macam adik beradik. ‘bergaduh mesra’ tu dah selalu sangat.🙂 Sepanjang persahabatan kami, saya belum pernah nak ‘smackdown’ dia. Begitu jugak sebaliknya. hehe.. Pengaruh gusti😀 Astaghfirullah.. Baru dua tahun tinggalkan, dah PELIK nak TERBALIK KUIS yang ku sayangi.

Tak adil kalau saya nak bandingkan bi’ah KUIS sekarang dengan KISDAR empat tahun yang lalu. Tak adil! Tapi, lagi tak adil dan kejam kalau terus dibiarkan.

Persatuan dah banyak sangat kat KUIS. Dah gah dengan persatuan je. Kalau datang KUIS, dah tau, budak ni ahli Perkim KUIS, budak ni budak ALAM. Jangan memain! Siap ada blazer rasmi. Dari segi tu, saya tabik spring. Organisasi yang baik yang di dalamnya ada orang-orang baik dan hebat yang memimpin maka, apa saja yang dilakukan pasti ada manfaat untuk semua yang dipimpin. Saya tidak ada masalah tentang itu. Cuma, keseriusan tentang kerja-kerja dakwah belum ada kesepaduan ditahap yang optimum. Mungkin kena bersabar dengan keadaan terBALIK ni. Saya tak pasti sampai bila, tapi yang saya tau kerja kena diteruskan.

Baru-baru ni juga, saya terserempak dengan student Syariah semester tiga semasa saya sedang minum-minum malam dengan sahabat saya, Bro Buk. Dengan berantai lehernya, rambut ala-ala punk, seluar londeh, berserabut saya tengok. Berkerut dahi lepas tu. Aduh, parah tul. Kalau graduan syariah lepasan Azhar, balik Malaysia pun menganggur, dia nak kerja apa nanti dengan gaya peliknya tu???? Nak kata tak tau, takkan la. Sikap, sikap.. pe’el, pe’el.. Kalau macam ni la, aduh.. Tergamam daku seketika.

‘System not responding………..’.

“Nak buat macamana, dah dia memang macam tu”. Sahabat saya nak sedapkan hati. Saya tak tau nak cakap apa.

Saya kena tukar ‘proccessor’ baru la gamaknya. Mungkin AMD Turion x2 64. Tambah RAM ddr2 ke 2GB. OS upgrade ke Vista. Antivirus beralih dari avira ke kaspersky. Dan akhir sekali. hardisk 160 GB. Haa, lagi satu. Garphic card nak cuba Nvdia 9100. Perghh! Mantop!!! Barula ada power…🙂

Allah.. Betapa sukarnya saya nak terima keadaan ni.. Sungguh! Nak kena ada benda baru yang menyuntik. Apa lagi ‘vitamin’ yang saya kena ‘telan’ agar bila ke kuis selepas ini saya bisa hadapinya dengan selamberani (selamba+berani).? Usrah.. Ya, istiqamah dengan usrah dan majlis ilmu.  Solat jemaah lagi la. Takde benda lain dah. Belajar menerima kenyataan dan terus bekerja. That’s it!!

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?  Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan, Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. (Al-Infitar 82: 6-19)

Dr MAZA dah ke UK. Beliau tinggalkan banyak perkara untuk diingati. Rakyat Perlis terutamanya. Tindakan, keputusan, dan lain-lain.

Zaid Ibrahim dipecat dari uMNo. Dato Ariff Shah ‘join’ PR dan Arsenal kalah 2-0 kepada Burnley dalam Piala Liga selapas kononnya mengalahkan Chelsea😀 Ishhhkk2..

Allah……..

Perjuangan perlu PENGORBANAN! Tanpa PENGORBANAN (play-safe) apalah erti sebuah perjuangan.

Untuk jalan ini, hanya jalan ini….  Untuk Islam kerana Allah… Salam Idul adha buat kalian. Jangan lupa pekena kopi radix di pagi raya!😀

2 thoughts on “Benda sama

  1. jangan pernah mengalah, teruskan usaha…. carilah kekuatan, tidak perlu banyak, yang penting ada, tanamkan asas-asas dan dasar-dasar Islam… kembalikan mereka kepada basic Islam…

    mereka kian bobrok, kian lalai, kita perlu bangkit, perlu tekad, perlu azam, perlu usaha, dan teruskan… percaya pada janji-Nya….

    al-haq di atas al-bathil

  2. Hakikat hari ini yang tidak dapat kita nafikan ialah banyak kerja dan usaha yang perlu digembeling demi pengislahan ummah ini. Jahiliyyah moden sememangnya menyerang kita dan mereka di segenap penjuru kehidupan.

    Moga Allah swt memimpin dan memberikan kekuatan yang utuh dalam usaha kita memperbaiki kebejatan masyarakat yang ada pada hari ini.

    arrazzi alhafiz
    KHADAM MAHASISWA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s