Kita orang muda

Kita orang muda, buat cara orang muda. Fikir cara muda, bertindak cara muda.. Amal kita, amal orang muda.. Tak mo lembik-lembik.. Tak perlu bagi alasan.. Mesti cargas, bukan cergas.. cargas ni, cergas kuasa 2.😀

Orang muda ni diibaratkan matahari kat atas kepala. PANAS. Memang PANAS! Cuaca tengahari. Panas terik. Orang tak mau lalu tengah panas kalau ada laluan berbumbung.

Sebab apa? Sebab panasla.. Sayang kulit.. Nanti losyen fair n lovely cair.. he he..

Macam ni, mudah je. Guna sebaik mungkin masa muda. Buat benda baik, buat kerja Islam, cegah perkara mungkar,  nikmatinya… Muda takkan datang lagi. Bukan bila dah berumur, kita tak boleh buat atau tak mampu buat, cuma tenaga orang muda ni luar biasa.

Kita sedia maklum bahwa  sejarah telah membuktikan betapa orang muda ni mampu menggegar negara. Tindakan, kata-kata, keberanian, tulisan, bergerak pulak dalam pasukan… WOW! Mantep2!!

Saya tak kata kita kena buat demo tanpa tujuan, memberontak tak tentu pasal, bertumbuk cederakan orang itu dan ini, tulis sebarangan sebar fitnah sana sini.. Tak..  Bukan lagu tu.

Pejuang agama Allah bukan macam tu. Ada caranya. Ada jalannya. Tapi mesti dikepilkan dengan imu dan kefahaman mendalam. Tambah amal yang istiqamah.. Memang susah. Dibilang-bilang memang gampang.

Allah….

Saya nak ulang, kita ni orang muda.. Sementara masih muda dan lebih daya, gunala. Tuntut ilmu banyak2, pergi seminar-seminar ilmiah, jadi kaki masjid, jadi kaki bola dan futsal (for those yg berkenaan la.. bersukan la maksudnya ), dan kalau dah bagus, dah jadi pimpinan, jadila penggerak yang baik, yang boleh jadi ikutan, buat program-program yang baik, bukan program joget-joget yang konon-kononnya pembaharuan.. Mangkuk tul!

Udah la buat masa ni, saya nak balik Nilai. Jumpa lagi nanti. Benda sama juga saya cakap. Ustaz bilang, benda baik ni kena cakap banyak kali.. Cakap sekali tak jadi.. Untuk diri sendiri utamanya.. Kita sama-sama muda.. Muda dan ada lebih daya usaha.. Jadila orang berguna bukan pe’el macam orang kena ‘guna-guna’..  Kopi radix kurang susu wone!🙂 Wallahua’lam..

3 thoughts on “Kita orang muda

  1. ayuh bangun orang muda… kita punya kudrat, kita punya tenaga… kerahkan… kita bukan lemah… jangan persiakan… kata nabi, waktu muda sebelum tua, waktu sihat sebelum sakit.. kejarlah, genggamlah…

  2. kerikil says:

    P/s-kepada wanita2 yg x dapat berjoget diluar,buat lah senamrobik kat bilik,ruangan tertutup.kesihataaaaaaaaaaan…tu penting!kalau x dapat main futsal..main badminton pon jadilah.the point is..jaga BMI,jaga ketahanan,jaga aqal,jaga diri,jaga peribadi..dan jaga hati la kan bro…tul x bro..kalau ada kursus training hati saya nak itut =>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s