Alam dan Manusia.. Dua-dua pun makhluk..

Hakikat bumi Allah.. Hakikat yang hakikat..

BUMI DAH MARAH!!!”…

Bumi mahkluk. Sama macam kita. Cuma kita Allah bagi akal. Tapi kebanyakan kita tak nak guna. Allah kurnia hati, tapi kita hitamkan dengan maksiat dan kejahatan. Bila hati dah mula kotor dan terus dikotori, maka kebaikan tidak lagi menjadi pilihan. Bagilah nasihat dan penampor pun tak jalan. Kasornye ayat aku! Taklah, penampor manja. Bukan nak cari gadoh.. Tapi nak cari pasal je. hehe.. Apa hehe?

Maksiat, bila dah jadi rutin, dan tidak cuba dihentikan dengan segera, maka dengan sebab itu,  kita sengaja menempah bala Allah. Bala tidak semestinya tanah runtuh. Tidak semestinya berlaku hanya di Bukit Antarabangsa. Kita lihat, ia tidaklah seteruk tragedi Highland Tower yang berlaku lebih sepuluh tahun yang lalu. Ia bukanlah tragedi terburuk yang pernah berlaku di negara kita. Tsunami misalnya atau ribut greg di Sabah yang lebih dahsyat. Persoalannya di sini dan di mana-mana, adakah kita ambil ikhtibar?

Ya, kita kena bersabar, bersabar dalam kesedihan. Malangnya, kesedihan bukanlah atas sebab sedar bahawa azab Allah sedang mengingatkan. Tapi, sedih sebab kehilangan kereta merkudis, sebab hilang kemewahan yang di bina dalam sekelip mata.

Bagaimana kalau ia berlaku pada saya?

Ya, saya juga belum diuji sedahsyat itu. Wallhua’lam. Saya menulis bukan untuk menghentam semata-mata. Saya menonton berita, membaca akhbar dan ia memang menakutkan. Menakutkan kerana bala Allah Taala tanda kemurkaanNya. Pasti ada sesuatu di sebalik kejadian ini. Maksiat yang berterusan, bangga dengan kejahatan yang dilakukan dan mengajak orang lain melakukannya. Dan lebih bahaya lagi, jika tiada siapa yang mampu dan cuba untuk menghalang dan mencegahnya. Maka, kita semua sedang menanti bala demi bala.

Kita boleh lihat sendiri, bencana berlaku hanya di Bukit Antarabangsa tetapi  satu negara alami kebimbangan yang MELAMPAU. Ketakutan menyeleruh ini juga bala. Penghuni-penghuni apartment dan rumah teres akan tidur celik setiap malam. Tak percaya tanyalah depa. Itu belum cerita banjir lagi..

Ini bala. Ini tanda murka Allah.

Perhati dan fikir betul-betul. Rujuk balik Al Quran. Cuba faham apa pesan Allah terutama surah-surah dalam juzu ‘amma. Cek balik ibadah kita. Bersihkan hati dan berTAUBATLAH! Cukup-cukuplah! Saya juga tuan-tuan, bukan tuan-tuan je. Puan-puan dan cik-cik jugak.

Ketika entri ini ditaip secara spontan, saya dalam keadaan yang tidak berapa baik. Tapi InsyaAllah sahabat-sahabat, saya akan berselebung dan akan cuba sedaya upaya untuk berpeluh menjelang pagi esok.

Wahai Pencipta langit dan bumi.. Wahai Allah, Tuhan sekalian alam. ampunilah dosa kami.. Jadikanlah bala yang Dikau turunkan ke atas kami ini sebagai satu wadah dan peluang buat kami kembali ke pangkal jalan. Campaklah taufik dan hidayah ke atas kami dan jangan biarkan hati kami terus menerus di hinggapi titik-titik hitam yang akan membuatkan kami terus leka dengan nafsu dan kejahatan. Jangan biarkan Ya Allah. Pimpinlah kami. Terimalah taubat kami, Wahai penerima Taubat.. Wahai Pencipta langit dan bumi.  Wahai Tuhan sekalian alam.. Ameen Ya Rabbal ‘alamin..

ps: doa ini yang terdetik kat hati saya….. Maaflah, tajukpun spontan..🙂 Saya memang macam ni.. Terimalah seadanya..😀 “Bang, kopi radix ada tak? Bagi satu ye, gelas kecik, susu sikiiiit je.”

3 thoughts on “Alam dan Manusia.. Dua-dua pun makhluk..

  1. kerikil says:

    melihat setiap perkara yg berlaku pada kaca mata tauhid merupakan perkara tertuntut dari hati org-org yg beriman.Orang-orang yg tuhan telah pilih untuk melihat pada jalan itu.pada persepsi seperti itu.bagi pandangan peribadi..ia dikategorikan hidayah.Nikmat yg paling agung bagi manusia beriman adalah kenikmatan merasakan besarnya tuhan…indahnya tuhan…agungnya tuhan…pada setiap sudut,setiap posisi pada apa yg berlaku dalam kehidupan harian.wal hal..kita selesma..kita rasa ditatap (oh…tuhan ingin kurangkan dosaku..) demam(oh..tuhan mendidik kesabaranku..) campak (oh…tuhan ingin menegurku agar selalu bersyukur waktu aku sihat..) jatuh cinta ( oh..tuhan ingin menguji sejauhmana cintaku denganNYA) akhirnya..semuanya lapang..lapang…lapang…endingnya…semua positif..positif…positif.. wah…syukurnya ya akhi..syukur kita dilahirkan islam dan mengerti disebalik cerita sebuah iman!
    p/s-pengomen gembira memberi komen dan bertambah gembira jika dikenali sebagai “cik kerikil” sahaja tanpa sebarang tambahan dari nama tersebut..hihi.makasi ustaz rad-IX =p

  2. assalammualaikum,

    manusia… inilah dia, sudah terhantuk baru terngadah… kalau tak sentiasa jalan tunduk aje… inilah fenomena yang berkembang biak dengan penuh sihat dalam hati dan jiwa manusia… sungguh merisaukan… apalagi kalau nanti, sampai tahapnya apabila Allah menurunkan bala` bukan secara exclusive, tetapi semua juga kena…

    barakAllahu fiik..

    p/s: gerik ke greg?? huhu~

    emir.abu.khalil
    Musim Panas di Malaysia

    jazakallah akh, ana dah betulkan.. kuikui,patut macam pelik..
    -adham-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s