Lagi dan lagi..

Bismillah walhamdulillah..

Mencabar hukum Allah.. Tak nak ikut.. Degil.. Bila masuk Institusi Islam macam KUIS ni, ada peluang Allah bagi untuk berubah, membaiki diri tapi seronok juga melanggar syariat, maknanya orang macam ni mencabar Allah.. Ni golongan yang mencabar ayat Allah!

Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 24:34

Rujuk ayat-ayat sebelum tu juga..

Bila ada sahabat cerita pasal PRK (pilihanraya kampus- yang bakal berlangsung pada pertengahan Januari), bagi saya pimpinan MPM sebelum ni bukan tak fikir.. Yang bakal pun kemungkinan besar ada fikir, tapi sejauh mana keseriusan untuk bertindak.. Peluang menggunakan ‘KUASA BESAR’ untuk kerja Islam.. Bukankah sepatutnya itu setiap kali?

Sekarang ni pun, di KUIS berapa banyak persatuan yang beridentitikan Islam dah wujud berbanding 4 tahun lepas? Banyak.. Tapi kita tak bersatu atau mungkin kita sibuk dengan gaya kita saja?.. Wallhua’alam..

Tepuk dada, penampar manja pipi sendiri dan kemudian tanyala iman..

Kita wajib bimbang dengan keadaan di KUIS, tapi bimbang saja tak cukup kalau kerja tak jalan.. Sorang dua orang memang tak boleh.. Kena ramai.. Kena bersatu.. Setiap persatuan ada hala tuju, ada matlamat masing-masing.. Tapi, kerja dakwah kita buat sama-sama.. Cakap memang senang tapi tak cakap lagi senang.. Datang kelas, nampak maksiat senyum je, lepas tu balik hostel atau rumah sewa, pendeknya buat hal sendiri.. Buat bodoh.. Depan Allah nanti nak jawab apa? Kita fikir dan cuba buat sesuatu..

Berbalik kepada cerita awal..

Saya maksudkan yang mencabar lebih kepada mereka yang tahu.. Mereka yang tahu dan belajar tapi mereka inilah seolah-olah menghalalkan apa yang Allah tegah dengan jelas.. Sonang cerito, PELAJAR AI (akademi Islam).. Mereka yang jahil yang background keluarganya jauh dari Islam akan jadikan alasan bahawa pelajar AI yang memulakan.. Mereka dah tak endah peraturan pemakaian dan tatatertib KUIS.. Sebab pelajar AI yang mengaji pengajian Islam pun 2×5.. Jadi, yang nak berubah tak jadi berubah.. Yang sepatutnya ada timbul rasa segan bila masuk ke KUIS sebab background peribadi pun dah tak jadi segan.. Paling tidak rasa segan dan malu tu ada.. Tapi? Allah.. Suasana tak baik bila dimulakan ciptanya oleh orang yang faham dan tahu hakikat itu,habislah! Yang terpinga-pinga pun seronok sebab ada contoh.. Yang memang taknak buat baik pun makin ramai dan terus ramai sehinggalah timbul rasa biasa yang akhirnya kita akan tahu nanti bahwa inilah suasana baru KUIS sebuah IPT Islam… Suasana yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pencinta-pencinta maksiat.. Penghujungnya nanti, siapa kita nak salahkan?

Hujjatul Islam Imam Ghazali pernah meluahkan kebimbangannya:

“Dua lelaki telah memberi musibah ke atas diriku, pertama orang alim yang melanggar larangan agama dan kedua orang jahil yang beribadah. si jahil memperdayakan orang ramai dengan ibadahnya manakala si alim memperdaya orang ramai dengan pelanggaran terhadap agama”.

Saya tak minta kita cari siapa yang harus kita salahkan.. Saya nak cerita, inilah yang sedang berlaku di KUIS! Kalau tak buat sesuatu, andai kerja dakwah dibuat sambil lewa maka kita sedang melihat proses penyebaran suasana buruk ini berlaku dengan lebih lancar lagi.. Buat maksiat memang nikmat.. Tapi azab Allah tak nikmat adik kakak.. Kalian sedang menempah satu sesi seksaan jika tidak dihentikan segera.. Kalian taukan azab Allah.. Bukan rotan-rotan.. Bukan penjara seumur hidup atau denda seribu ringgit.. Bukan.. Tak payah diteruskan, semua pun tahu tapi buat bodoh dan buat layan dengan kerja syaitan.. Hari-hari benda sama tapi kena selalu.. Untuk diri sendiri utamanya..

Kata nabi SAW:

“Jadilah kamu orang-orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi tukang riwayat”.

Sahabat-sahabat

Kerja dakwah ialah kerja yang menyeronokkan.. Orang-orang yang buat kerja dakwah ni biarpun asing, nampak pelik tapi kenikmatannya itu tak dapat dibayangkan keseronokannya.. Allah cinta, DIA suka.. Siapa? Pejuang-pejuang agamaNya.. Siapa mereka itu? Termasuk kita ke? Tanyalah diri sendiri.. Kalau termasuk apa kita nak buat dan apa kita kena buat? Persoalan untuk kesimpulan yang biasa.. Saya tulis sebab sayang. Kalau benci pun masih ada sayang di hati ini.. kita kan bersaudara🙂 Wallahua’lam..

2 thoughts on “Lagi dan lagi..

  1. uhrm… bahang kerisauan itu turut ana rasakan… meski ana sebegini jauh (currently in Seremban)… teringat firman Allah dalam surah Sajdah;

    Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. [QS:32:22]

    orang yang tahu, tapi buat-buat tidak tahu… bahaya…

  2. Pastinya KUIs juga turut mahukan turun padang Bro Adham bagi memainkan peranan yang tidak kurang besarnya.

    Satu tekad, satu semangat, satu matlamat iaitu kebersamaan memelihara dan memulihara KUIS sebagai Institut Pengajian Tinggi Islam yang unggul dengan Biah Solehah yang dijunjung selama ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s