Ada sesuatu yang santai hari ini..

Salam percutian bersama secawan radix🙂

Awal pagi yang penuh kedamaian, selepas mengalunkan ma’thurat di telinga sendiri dengan minda yang separa sedar (maklumla cuti, hehe), saya nak kongsi satu artikel yang saya dapat dari seorang sahabat yang menuntut di Malaysia Timur. Artikel ni ditulis oleh seorang pensyarah UMS yang saya fikir artikel beliau ini, membuka ruang dan peluang kepada saya menilai kembali bagaimana kehidupan berumahtangga yang kita inginkan especially dikalangan aktivis-aktivis dakwah la.. Kepada sahabat-sahabat di tahun akhir, mungkin artikel ni sesuai untuk kalian. Artikel ni tak berat bagi saya. Santai je.. Pilihan di tangan kita.. Selamat membaca🙂

KAHWIN ORANG USRAH??? BEST KE?

Ramai pemuda yg ada kesedaran Islam bertanya kepada saya…perlukah kita cari pasangan dari kalangan yg telah ditarbiah (diusrahkan) dan sefikrah ?

Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):

(Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)

Rasulullah SAW bersabda (Riwayat Ibn Majah dan al-Dar Qatni: dhaif):


(Pilihlah untuk benih kamu (tempat yg baik) dan nikahilah yg sekufu’ dan bernikahlah dgn mereka)

Konsep sekufu’ yg biasa di bicarakan oleh ulama melibatkan pelbagai kategori dan yang paling utama ialah aspek ‘agama dan akhlak’. Aspek agama melibatkan kefahaman terhadap agama, perlaksanaannya dan memperjuangkannya (faham, amal dan dakwah).

Tatkala dunia sudah mula ketandusan anasir-anasir beragama dan berakhlak dalam masyarakat khususnya selepas kejatuhan empayar Ottomon 1924 M, muncul gerakan Islam di seluruh dunia yang ingin mengembalikan semula ketamadun Islam. Malangnya saat itu Islam sudah mula kekurangan modal Insan berkualiti yang mantap seperti mana zaman kemunculan Islam dahulu yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Yang ada adalah umat yang dipenuhi virus sekularisme, hedonisme, tak yakin dengan kemampuan agama sendiri dan berkiblatkan barat dalam kebanyakan aspek kehidupan mereka. Gerakan-gerakan Islam ini merasakan perlunya membina semula ummah ini dari bawah dan kerja pertama ialah mewujudkan semula individu-individu muslim berkualiti yang akhirnya faham agama ini dengan kefahaman yang sahih, mengamalkannya dan seterusnya berpotensi untuk digerakkan dalam perjuangan. Ikhwan Muslimin yang muncul pada 1928 M antara pelopor kebangkitan tersebut telah memperkenalkan pelbagai medium tarbiah untuk melahirkan tujuan tersebut. Lahir program usrah, halaqah, jilsah, tamrin, mukhayyam, daurah dan pelbagai istilah lain…semuanya bertujuan melahirkan individu-individu muslim yang memiliki kualiti yang mampu mengerakkan Islam ini semula. Dalam program-program ini, ahli disuntik dengan kefahaman Islam bersilibus, dipertingkatkan tahap kerohanian melalui ibadah khususiah dan diperjelaskan tentang halatuju dakwah, manhaj hidup dan peranan sebagai seorang muslim.

Setelah lahirnya peribadi-peribadi muslim ini diharapkan mereka akan dipersatukan antara lelaki di kalangan mereka dgn perempuan yang sama-sama telah ditarbiah dgn kefahaman yang sama, halatuju yang sama, citarasa yang sama dan keinginan yang sama dalam rumahtangga dakwah. Menjadi kubu kuat ummah dan kilang yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan ibubapanya. Kata Imam Hassan al-Banna diharapkan dari sini akan lahirnya masyarakat Islam, negara Islam, khilafah Islamiyyah dan Islam kembali menjadi ‘tok guru’ kepada alam atau istilah kotemporari…kuasa besar dunia. Ketika itulah Islam mampu menjadi tamadun yang mampu merealisasikan peranannya membawa keadilan kepada manusia dan keamanan sejagat sesuai dengan iradah Allah SWT yang menjadikan alam ini dan isi-isinya. Hebat bunyinya….

Kegagalan seorang akh dan akhawwat yang ditarbiah dalam membentuk rumahtangga dakwah adalah tanda ia gagal dalam dakwah!. Segala tarbiah yang ia terima bertahun lamanya bukan menjadi hujah kepadanya bahkan menjadi hujjah ke atasnya di akhirat nanti. Ini kerana tarbiah dan dakwah adalah amanah Allah yang paling besar, kerja para nabi dan rasul dan trademark kemuliaan mereka mengatasi manusia yang lain.

Persoalannya… bolehkah terbentuk rumahtangga dakwah di antara seorang akh atau akhawwat yang pasangannya dibesarkan di jalanan, usrahnya dibuat di panggung wayang bersilibuskan love story ala barat…apa yang mereka faham tentang perjuangan? Tentang rumahtangga dakwah? Mungkin baik sikit sebab calon isteri itu walau tak dibesarkan dalam universiti usrah tarbawiyyah tapi amat menjaga ibadahnya dan labuh tudungnya…tapi, adakah hanya dengan tudung labuh sudah cukup untuk melahir dan membesarkan anak-anak menjadi wira dan srikandi yg menyambung perjuangan bapanya. Apatah lagi kalau tudung tak labuh atu tak bertudung + tak faham Islam….dia nak jadikan rumahtangga tu apa? Kaedah fiqh menyebut..orang yang tiada apa-apa tak mampu memberi apa-apa.

Memang suami boleh tarbiyyah isteri jadi faham macam dia. Tapi ini bergantung pada kemampuan dan kekuatan suami. Tak mustahil suami pula yang kena tarbiah oleh isteri..he he. Kalaupun mampu mentarbiyyah… tarbiyyah memerlukan masa yang panjang baru datang kesannya. Entah-entah dah anak ke sepuluh baru isteri tu faham perjuangan…anak pun dah besar dan dah terlewat untuk dibentuk…itu andaian je.

Bagaimana dengan akhawwat yang kahwin dengan lelaki yang tidak memiliki kefahaman dan tak kenalpun apa itu dakwah dan perjuangan? Lagi haru biru dibuatnya. Ini kerana Islam telah letak suami sebagai pemimpin keluarga, pembentuk polisi dan budaya rumahtangga. Isteri kena taat selagi tak maksiat. Senangkah nak tarbiyyah suami? Perempuan senang ke nak tarbiah lelaki yang terkenal dengan egonya? Tak mustahil tapi biasanya tak mudah…akhirnya terpaksalah hidup bersabar seperti Asiah dengan suaminya Firaun..menghitung hari menunggu mati. Takpe Asiah isteri Firaun dijanjikan Allah masuk syurga, tapi bagaimana dengan Asiah-Asiah yang lain…(Tapi ustaz…suami saya tak le seteruk Firaun…sure ada yg akan cakap begitu). Saya bicara dalam konteks rumahtangga dakwah…bukan rumahtangga biasa yang berselerak dimana-mana…

Berbeza dengan akh dan akhawwat yang telah sama-sama ditarbiah…mereka umpama telah memperolehi kek yang telah sedia dihidang..tinggal makan sahaja. Tak semua orang mahir membuat kek walau resepi dan bahan-bahan telah tersedia…kalau tak mahir, bantat (tak naik) nanti jadinya.

Satu persoalan lagi…perlu kah ambil yang se fikrah, se jamaah…atau boleh ambil dari jamaah lain. Memang Islam tak syaratkan semua itu dalam menghasilkan perkahwinan yang sahih. Cuma cuba fikir sejenak, setiap gerakan pasti ada kelainan cara perjuangan. Bahkan kefahaman Islamnya juga berbeza kerana buku-buku bacaan usrahnya juga berbeza. Ada gerakan tak kisah akidah apapun asal Ahlu Sunnah wa Jamaah, tapi ada yang bentuk pengikutnya terfokus kepada akidah salafus soleh yang suci dari sebarang pencemaran takwil. Ada gerakan yang tak kisah sangat dengan amalan bid’ah dan khurafat asal sokong mereka, tapi sesetengahnya amat peka dengan permasalahan tersebut. Ada gerakan yang sangat ketat dalam tarbiah dan menapis keahlian. Tarbiahnya cukup lama untuk sampai ke level tertinggi, tapi ada yang tak kisah, setahun usrah pun dah boleh jadi pemimpin. Kewajipan kita menghormati pendekatan masing-masing dan memperjuangkan apa yang kita yakini bersungguh-sungguh. Tapi itu bukan alasan untuk berperang. Ingat!! disaat umat Islam berperang sesama sendiri itulah biasanya musuh menyerang..akhirnya tiada siapa yang untung.

Rumahtangga…ia sepatutnya merupakan jamaah kecil yang jelas halatuju, manhaj, wasilah dan peranannya. Untuk itu, tak dapat dinafikan, lagi senang kalau yang memang sama-sama sefikrah. Dah tahu rutin dakwh masing-masing. Faham peranan masing-masing. Takde lah nak bertengar pendekatan dakwah apa yang nak di guna pakai…tarbiah ke politik? Sosial ke ekonomi…Bila suami kata nak keluar pergi usrah, isteri dah tahu bentuknya sebab dia juga dibesarkan begitu.

Bagi yang berlainan fikrah walau sama-sama memperjuangkan Islam yang sama, pasti muncul masalah…terpaksa lah guna kaedah: ”tolong menolong pada perkara yang disepakati dan bertolak ansur dalam masalah yang diperselisihkan’ ‘. Cuma laratkah bertolak ansur kalau banyak sangat yang berbeza. Laratkah bertolak ansur bertahun-tahun lamanya. Akhirnya tak mustahil akan ada yang mengalah…mengalah dalam perjuangan yang diyakini hanya kerana nak memenangi hati pasangan tak semestinya baik untuk dakwah walaupun mungkin baik untuk keharmonian rumahtangga.

Antara suami isteri yang berlainan citarasa makanan (sorang suka tempoyak sorang lagi tak) pun boleh bermasam muka apatah lagi berlainan citarasa perjuangan. Sorang suka bakar ikan pakai arang, sorang lagi bakar atas kuali pun satu masalah…sekurang- kurangnya akibat berlainan cara bakar dan nak jaga hati pasangan terpaksa beli dua-dua alat pembakar…banyak sikit la kos nya berbanding beli satu yang disukai bersama…he he..apatah lagi manhaj yang berlainan dalam dakwah dan dalam membentuk keluarga.

Cuma kalau sudah terkahwin kerana dah tak jumpa yang setarbiah dan sefikrah…kena salahkan diri sendiri dulu sebab jodoh itu pilihan diri bukan takdir semata-mata. Takde cara kalau nak jadikan rumahtangga tu bersifat dakwah kecuali dengan mentarbiah pasangan sesuai dengan citarasa diri…selalunya lelakilah yang akan menang bila bertembung 2 perjuangan…sebab tu payah tarbiah akhawwat walau mereka paling ramai berkesedaran. Selalunya dakwah akan kehilangan bayang mereka bila dah berumahtangga khususnya dengan lelaki yang kosong halatuju…kalau tarbiah itu bisnes; ia umpama pelaburan bertahun-tahun yang tak menguntungkan… kalau balik modal tu okey gak…

Cuma kadang saya sedikit hairan…ada pemuda/pemudi yang yakin bahawa perjuangan yang diikutinya itu benar, syumul, dekat dengan sirah Rasul…tapi bila pilih pasangan cari yang berlainan. Padahal kat depan mata ada pun pilihan yang memenuhi perjuangannya? Mungkin ia pun dah jadi macam orang lain mementingkan ukuran duniawi sebelum ukhrawi? Was-was dibuatnya, adakah dia hidup mendahulukan perjuangan atau mendahulukan pasangan?…Entahlah, cuma kat akhirat pasti akan dipersoalkan. . apatah lagi kalau gagal menjadikan rumahtangga kubu perjuangan.

Bagi yang tak ikut usrah…saya tak kata kalian 2nd class…tapi pastinya kefahaman tak sama dengan yang berusrah. Allah pun menyebut dalam al-Quran bahawa tak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu…saya juga tak berani nak kata orang yang berusrah itu confirm masuk syurga atau perfect sebagai muslim sejati…Cuma yang hebatnya, mereka miliki keinginan untuk berubah dan ada kesedaran untuk berjuang berbanding kalian. Cuma kalau yang dibentuk dalam usrahpun tak menjadi? Bagaimana yang langsung tak dibentuk? Kecuali mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup soleh, nafsu syahwat pun tak berapa berfungsi dan kebal dari godaan duniawi…atau lahir sebagai malaikat.. kerana itu kalau rasa hidup ini ada peranan dan rasa sukar nak jadi baik atau teringin nak masuk syurga yang terlalu mahal harga dan nilainya…(kerana Allah jual ia hanya dengan perjuangan dan kesanggupan mengorbankan nyawa dan harta)…eloklah cari-cari usrah untuk diikuti (kat UMS kakak2 dan abang2 dalam EKSAH, luar EKSAH byk buat usrah2 ni..follow lah mana-mana, insyaAllah mereka akan ajar kalian jadi baik dan berjuang…sbb saya tak jumpa lagi mereka ajar bunuh orang atau bom bangunan…kah kah). Mana yang terbaik..saya takde jawapan…lu pikir la sendiri..

Harap baca gak artikel sahabat saya di:
http://satuperkongs ian.wordpress. com/2007/ 05/30/cinta- oh-cinta/

Bagi yang merasakan ingin memberi output maksimum untuk dakwah setelah penat orang mentarbiah kita…bincanglah dengan naqibah/naqib sebelum membuat pilihan, disamping bincang dengan mak bapa. Cuma bezanya ibubapa selalu lihat pada aspek keharmonian berkeluarga anaknya, tapi naqib/naqibah melihat pada keutuhan perjuangan dan dakwah dalam rumahtangga. Kalau tak…seakan tidak menghargai sumbangan naqib/naqibah yang sanggup sedarkan kita selama ini dengan percuma berbanding bertahun kita duduk dengan mak bapa.

Kecualilah mereka yang ditarbiah dan diusrahkan sendiri oleh mak bapa mereka macam anak-anak saya…he he..mereka takde pilihan. Harap anak-anak kalian pun sama suatu hari nanti…

AbuAysSyaffa’

ps: Buat masa ni, aku hanya mampu tersenyum membacanya.. Pilihan ditangan ku!🙂

One thought on “Ada sesuatu yang santai hari ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s