Hijrah itu…

Salam Tahun Baru 1430H

Berkurang lagi umur kita. Semakin panjang umur,maka semakin dekat kita dengan kematian. Maknanya, umur kita sebenarnya semakin pendek. Bukan semakin panjang.

Bab kata orang, “Kubur memanggil-manggil.”

Mati yang pasti. Cuma waktunya yang menjadi rahsia Allah Taala. Esok, lusa, tulat atau mungkin sekejap lagi. Bersedia atau tidak, jawapannya ada pada kita..

Bila sebut tahun baru, selalu orang akan tanya, “Apa azam baru kau tahun ni?”

Kita pun senaraikan azam-azam baru yang sebenarnya lapuk tapi dianggap azam baru sebab bersempenakan tahun baru. Kita berjanji akan tunaikan ini dan itu, capai ini dan itu dan sebagainya. Ada yang mungkin dapat dicapai dan ada yang tidak. Yang tak berjaya dicapai dibawa lagi ke tahun depan, dan jadilah ia azam baru yang lapuk. Pening nak faham ayat saya ni.

Cubala faham🙂

Bila sebut tahun baru, kita juga akan relatekan ia dengan berubah, membaiki atau mungkin lebih tepat berhijrah. Sama saja sebenarnya dan ketiga-tiga istilah tadi merujuk kepada sesuatu yang sangat baik. Kalau dulu tak bertudung, sekarang dah bertudung litup, kalau dulunya pemalas sekarang dah jadi rajin dan sebagainya. Ia contoh mudah yang klasik. Cuma persoalannya, selama mana ia akan bertahan.. Penghijrahan seseorang tidak akan kekal andai tidak ada sendal yang kuat yang menyokong sepanjang proses hijrah itu berlaku. Misal yang mudah, suami tak memberi respon yang memberansangkan terhadap isteri yang baru bertudung. Malah mungkin, disuruhnya menanggalkan tudung.

“Tak payah la tutup-tutup. Awak cantik kalau tak bertudung.”

Ini salah satu cabarannya.

Nak berubah ni, kalau takde onak dan duri yang menghalang takdela manisnya. Macam nak makan durian la.. Kulit durian ni tajam, nak bukanya tu kalau bukan tangan orang kampung, alamatnya lambatla nak merasa isinya. Tapi bila dah berjaya, Allah… Nikmat sungguh.. Buat pula bubur durian.. Makan dengan roti kosong.. Allahuakabar! Subhanallah!

Sahabat-sahabat

Kita kena ingat satu je. Berubah kerana Allah. Nescaya keyakinan kita itulah, sendal yang paling ampuh untuk kita terus istiqamah di atas jalanNya. Keyakinan yang mana dijanjikan balasan yang baik dan sudah tentu sebagai hamba, kita mengharapkan redha Allah memayungi sepanjang hidup di dunia dan balasan syurga di akhirat kelak.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(As saff 61: 10, 11)

Kalau nak cerita bab keyakinan ni, segalanya atas individu. Bagaimana keyakinan itu ingin dicipta dan tercipta, mulanya dari diri sendiri. Sempena tahun baru 1430H eloklah kita ubah perangai, cara berfikir, perbanyakkan menuntut ilmu dan sudah pasti amal ibadah kita. Ni benda biasa yang mesti hari-hari, bukan sempena tahun baru saja.

Sikit hari lagi, tahun baru 2009 pula menjelma. Wah, azam dan semangat baru berlapis-lapis. Haa, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah.. Pesan buat semua. Termasuklah abudarwis🙂 Pesan sebab sayang. Pesan sebab kita kan bersaudara🙂




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s