Ada apa dengan sistem pendidikan kita?

Bismillah Walhamdulillah🙂

Ada sahabat menjelaskan dengan tegas, bahawa sistem pendidikan negara sudah cukup baik biarpun kita maklum bahawa ia berteraskan sistem pendidikan inggeris.

Kalau dilihat kembali konsep dan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), Falsafah pendidikan negara rumusan 1988 dan disebut dalam akta pendidikan 1996 berbunyi begini:

Falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Dari hasil pembacaan saya juga, Matlamat pendidikan negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan

-Berilmu pengetahuan

berahklak mulia

– bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara

– memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

– memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Setelah lebih 50 tahun merdeka, adakah tercapai matlamat yang digariskan? Malangnya, ia tidak berlaku dan tiada siapa dari mana-mana individu berfahaman politik kanan setakat ini benar-benar mahu mengaku bahawa sistem pendidikan kita telah GAGAL. Mungkin mereka tahu atau mungkin mereka degil untuk mengaku atau mungkin mereka sudah malu dengan kegagalan ini atau mereka sebenarnya syok sendiri. Banyaknya pilihan. Mungkin juga kesemua di atas..🙂

Saya tak pastilah, apa sebenarnya yang boleh dibanggakan dengan sistem-sistem di Malaysia ni. Sistem demokrasi tak telus, sistem perundangan pun tak boleh nak diharapkan, ISA diagungkan seolah-olah ianya penyelamat (penyelamat UMNO dan BN), dan akhirnya beginilah negaraku.. Cemerlang, gemilang dan temberang.. Slogan hanya tinggal slogan..

Berbalik kepada maudhu asal. Dari rumusan Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan bahawa matlamatnya ialah ke arah mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bunyinya dah bagus. Dah cukup islamik.Tetapi malangnya sekali lagi, sistem sedia ada yang digunapakai sejak dulu tidak mencerminkan keseriusan untuk melahirkan insan sedemikian. Ini masalah keberkesanan sistem..

Pengajian Islam misalnya ialah matapelajaran teras dan wajib di hampir semua peringkat persekolahan dan peperiksaan. Tetapi bukan subjek utama yang menjadi syarat wajib cemerlang atau paling tidak kepujian bagi membolehkan seseorang pelajar masuk ke peringkat persekolahan seterusnya(agak konfius ayatku ini).  Sejak zaman berzaman, kita tahu dan maklum perkara tu. Sebab tu kawan-kawan, adik-adik kita tak rasa bersalah kalau gagal pengajian Islam SPM atau paling koman mereka rasa selamat dengan hanya cukup-cukup makan saja. Sedangkan, itu pengajian Islam. Kita mengaji tentang Islam, pasal agama sendiri.. Tak ke pelik tu. Saya nak habak satu kisah benar. Soalan Pengajian Islam Percubaan PMR yang bunyinya macam ni, “Sebutkan tiga masjid suci bagi orang Islam.” Lebih kurang la. Ada sorang budak ni, dia jawab masjid Putrajaya, Masjid Besi Putrajaya (yang belum siap tu) dan Masjid Jamek Kg Baru. Ini kisah betul. Mak budak ni cerita kat saya. Allah.. Kalau soalan ni pun dah pening, rukun Islam dengan rukun iman dia jawab apa pun aku tak tahu..Sungguh! Lucu kisah ni tapi risau kita dibuatnya. Islam Hadhari punya pasallah ni.. Ada bantahan!😀

Masalah budak ni ialah dia merasakan subjek pengajian Islam hanya subjek sampingan. “Lulus pun jadilah.” Mungkin itu yang dia fikir. Saya tak mahu bincang pasal sistem tarbiyah keluarga. Itu dah bab lain. Bab lain cerita hari lain. Isunya sekarang sistem pendidikan negara yang lompangnya semakin jelas kelihatan. Ia serius.. Sangat serius.. Tengoklah, berapa ramai sahabat kita yang tak tahu solat, yang tak tahu nak tutup aurat, tak tahu membaca Al Quran, tak tahu halal haram.. Inilah kesan ketidakseriusan sistem Pendidikan Negara. Maka, pada saat ini yang diharapkan ialah pelaksana sistem iaitu guru-guru. Tak semua guru-guru tak kira lepasan dari mana-mana institusi pun benar-benar faham kelompangan sistem pendidikan sedia ada. Ini hakikat. Yang mereka tahu, bila keluar terus mengajar. Gaji guru sekarang pulak dah semakin lumayan. Ada yang faham dan serius mahu jadi pelaksana sistem yang baik. Saya tak nafikan. Tapi bilangannya tak ramai.

Tinggi harapan agar sistem pendidikan negara dikaji semula dengan teliti. Kita bangga (ye ke?) semakin ramai yang mendapat 5A dalam UPSR, bilangan yang mendapat 8A dalam PMR juga meningkat dan tak kurang juga rasa bangga kita terhadap pelajar-pelajar yang mendapat 16A1 dan 17A. Golongan berkepentingan akan mengeluarkan kenyataan bahawa inilah hasil sistem Pendidikan kita yang diiktiraf antara terbaik dan menjadi model contoh bagi negara-negara lain. Kenyataan syok sendiri.. Orang kalau dah perasan bagus ni payah..

Namun begitu sebaliknya, sistem sedia ada ini hakikatnya tidak seimbang dan ia sebenarnya cuba menyekularkan rakyat malaysia secara senyap. Bila Islam cuba dipisahkan dari sistem maka, rosaklah ia.. Yang nak melaksanakan sistem pun pening, yang berada dalam sistem (pelajar) pun dah kenoning.. Wallahua’lam bissawwab..

ps: kalau Islam tak cuba dah dipisahkan dari sistem pendidikan kenapa ada lagi remaja umur 22 tahun tak reti baca ayat kursi? Nak salahkan pelaksana ke penggubal? Ke budak tu yang pemalas? Kita pikirla sama-sama.. Yang kita tahu dari kecik, doa makan. Sebut pasal makan, hari ni tak sempat pekena radix😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s