Untuk sendiri..

Bismillah walhamduLillah

Tak tergamak nak tidur walaupun keadaan mata amat menekan. Rasa bersalah kalau dilayan rasa ngantuk ni dengan menarik selimut, menepuk bantal dan memejamkan mata. Enaknya… Tapi, macamana dengan subuh? Kena tidur juga la jawabnya. Terlepas, naya je..

Esok pagi bangkit, perkara sama menghantui fikiran saya dengan kerja yang banyak dan belum ada tanda-tanda nak ‘setel’ dalam masa terdekat. Nak saja saya korbankan tidur malam ni, dan semua kerja sudah hampir selesai. Paling tidak beban saya esok sudah berkurang.

Perghh… Sibuk sangat ke? Sampai tak sempat tidur.

Takde la sibuk melampau tapi time management yang lemah. Itu alasan popular.  Bukan alasan tapi jawapan. Dari dulu itu la masalah orang muda. Time management! Nampak ok pada permukaan tapi dalamnya berkocak tak ingat. Berserabut tapi selalunya ketenangan tu terpancar.Tenang dalam serabut..😀 Apala aku merepek.. he he..

Saya masih lagi boleh berRadix sampai 12.30 tghmalam@pagi. Masih lagi boleh meng’update’ blog seperti sekarang, masih boleh bermain futsal tengahmalam jumaat lalu dan masih boleh gelak-gelak dengan sahabat-sahabat serumah. Itu tanda-tanda ketenangan atau tanda cuba mengelak atau cuba menyedapkan hati bahawa ada sinar di hujung terowong? 

Ya, saya sedang hadapinya. Inila cara saya berhadapan dengan kelesuan dan kelemauan sendiri. Bukan ketenangan atau cuba mengelak atau mengharap apa-apa sinaran. Tidak! Tapi, inila saya. Saya taknak lemah walaupun seringkali rasa itu selalu cuba hadir.

Pesan Allah dalam kitab agung Al Quran:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan
mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita
(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang
tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu
orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. – Al-i-Imran 2: 139

Jika diteliti ayat-ayat sebelum dan selepas itu,  penekanan lebih kepada soal taqwa dan keyakinan dalam berjuang. Keyakinan terlalu subjektif dan sulit. Hari ni yakin, esok mungkin sangsi. Sangsi mudah kerana ia kerja syaitan. Yakin sukar sebab kurangnya ilmu ditambah pula dengan amal ibadah yang kurang dan bertimbun dosa menyebabkan hati hitam gelap. Akhirnya bukan setakat keyakinan susah nak meresap ke dalam hati malah bila datang kebenaran, ia juga ‘tersangkut’  entah di mana. Manusia, manusia…

Saya takde apa nak direpekkan lagi. Saya cuma mahu memujuk hati dengan zikrullah. Pujuk agar ia lembut. Pujuk, pujuk dan terus pujuk…

“Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”

Wallahua’alam..

ps : p36, undilah kaki masjid🙂





3 thoughts on “Untuk sendiri..

  1. slm
    tak pe adham sibuk, penat, susah hati, atau ape shj..itu semua bleh jd pekara yg plg manis dlm hidup kita asal ia dilakukan kerana Allah. Em..bukan senang nak nak ikhlas. Didik hati, paksa diri. Slm semulia jihad! Takbir!

  2. abudarwis says:

    salam. Ya, dibilang-bilang mmg mudah tp nk hadapi bkn kepalang susahnya.. Kalau apa yg dilalui ini adlah tnda keguguran dlm perjuangan, tak snggup n tak mhu rsenya tidur walau sesaat. Tak mahu saya lepak kat kdai mnum radix borak ntah hape2, xnak saya mnghabiskan mlm mnggu dgn main futsal smbil gelak dan gurau dan sya jgk akn rse bersalah walau sminit mngupdate blog sdangkan amanah yang dipikul tidak digalas dgn baik.. Mnggigil tngan mnekan keyboard (bkn sbb xmkan).. Ya, tidur itu ibadah, minum radix jgk dpt phala (support produk Islam), main futsal dpt phala sbb jga ksihatan except borak2 ntah hape2 n gelak gurau melampau.. Jazakillah ats nasihat n dorngan🙂 Slain kluarga, shbat2 hndai la umpama tonik pnaik smangat.. Syukran..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s