Dah setahun rupanya..

Bismillah walhamdulillah,

Saya mulakan dengan firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah 2:44 yang bermaksud :

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

muka-bulan

abudarwis akan berumur setahun bulan depan… Saya pula akan masuk 25.. 25 tahun lagi 50.. Tenaga masa tu dah tak kuat macam sekarang. Nak sepak bola futsal pun kena hati-hati. Takut tersadung.. Dah tak boleh nak hatrik (poyo tul).. Muka pun dah mula kendur sana kedut sini.. La ni pun, muka dah berlopak macam permukaan bulan.. Maklumla, orang muda kalau tak berjerawat rugila.. Jerawat ni pemanis muka.. hehe, coverline..

Merapu adalah pilihan saya sebagai antara inti muqaddimah entri kali ni.. Al maklum, lama juga tak berdaki keyboard ni..πŸ˜€

sahabat,

Sepanjang setahun ini, saya sudah menulis hampir seratus entri dengan pelbagai gaya tulisan.. Lebih seratus komen diterima dan baru-baru ini kritikan yang benar-benar jujur turut dirasai kehangatannya.. takpe, perkara furu’ pun furu’ la.. Saya ok je.. πŸ™‚ Walaupun hakikatnya setiap entri saya kebanyakannya menyentuh banyak perkara dan ianya lebih bersifat umum. Umum ya kekawan, saya ulang UMUM.. Ya, mungkin ada yang marah tapi itulah kelemahan saya. Pohon maaf dan terimalah seadanya..

Kita dikejutkan dengan banyak cerita menarik sejak akhir-akhir ni. Cerita p36 yang membuatkan saya tersenyum dan terharu, isu sejagat Palestin-Gaza, cerita adun bota masuk PKR, banyaklah nak sebut.. Belum cerita Malaysia kena tibai 5-0 dengan UAE.. Aib, aib.. Terimalah kekalahan yang biasa itu.. Kalau menang terkojut pulak.. Tajuk berita pun lain nanti..πŸ™‚ Tu yang buat kosmo laku pun..

Sebut pasal Palestin, benda yang berkait rapat ialah kempen memboikot produk yahudi.. Bab boikot ni saya tak pastilah.. Bukan soal pendirian peribadi tapi sekarang ni sejak tentera zionis laknatullah dah genjat senjata dan berundur (sebenarnya dah kalah, taknak mengaku..), MacD dan KFC kembali dipenuhi.. Apa kes? Nampak sangat, sebelum ni tahan diri tak masuk, tak beli dan tak makan bukan sebab ada kesedaran. Ada juga yang muka tak malu, buat muka takde sen selamba dek dia je makan prosperity burger (tau dari orang yang makan.. Bukan penulis yek) dengan lahapnya masa Gaza kena serang.. Siap bungkus buat bekalan seminggu lagi tu.. Allah.. Burger otai kan ada.. Begedil pun sedap.. Nak juga bayar mahal2.. Nak juga kasi untung yahudi.. hebat2!!! Nak tunggu Malaysia kena serang pulak baru nak makan Radix fried Chicken.. Masa tu kempenla sorang-sorang.. hehe.. Gelak-gelak juga.. Nak boikot pun kena bijak. Kempen mesti diteruskan dengan penuh ketenangan bukan ketegangan.. Nampak orang minum milo ais dibelasahnya cukup-cukup.. Ada ke yang macam tu? CONTOH..πŸ™‚

Kepada pengkritik-pengkritik setia abudarwis, saya tak kisah dan suka dikritik walaupun kekadang kritikan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan persoalan yang samar dan belum ada jawapannya sehingga kini.. Saya juga gembira kerna ia terus menerus membuatkan saya berfikir dan mengkaji.. Ia sedap macam karipap berinti kentang dan daging.. Ia bagus untuk saya sentiasa mengupgradekan processor abudarwis kepada satu tahap kualiti yang dipercayai bukan setakat dikagumi..

Kita selalu dengar, “biar murah asal selesa.” Kita tak mahu selesa saja sekarang ni, sebab keselesaan tak menjanjikan yang ia boleh digunapakai dalam tempoh yang lama.. Kita tukar, “biar sedikit mahal asalkan tahan lama.” Sudah pasti ia lebih-lebih lagi selesa.. Mana yang lebih berbaloi? Sahabat-sahabat ada jawapannya..

Perbandingan orang yang menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan dan susah payah dengan orang yang hanya menunggu dan malas.. Saya ambil contoh itu sebagai kiasnya.. Cukup sampai di sini.. Saya pohon maaf andai terkasar bahasa tersalah bicara.. Jom radix!πŸ™‚

ps: teruskan mengkritik dengan bijaksanaπŸ˜€

4 thoughts on “Dah setahun rupanya..

  1. dah semakin tua rupanya akhi… huhu~ tak apa, biar jasad tua, namun jiwa kekal dan tetap muda. sungguh orang yang berjuang itu, asalkan dia tetap tsabat dan tabah, jiwanya akan membara seperti mana orang yang lebih muda…

    p/s: baru menyaksikan ikhwah-ikhwah yang veteran bermain bola sepak di kalangan remaja ahad lepas… sangat kagum… semoga Allah memberikan kita semua kekuatan untuk meneruskan perjuangan demi agama Allah ini…

  2. sebab itu dalam entri ana yang bertajuk boikot dan kita, ana katakan bahawa, boikot itu bukan hal yang pertama, kerana ia tidak berguna tanpa kefahaman, ilmu dan kesedaran… akhirnya mereka akan tetap membantai makanan-makanan yahudi itu.

    fatwa terbaru daripada Dr. Yusuf al-Qardhawi; membeli produk-produk yahudi dan amerika, serta yang memberi sumbangan kepada keduanya, adalah haram, dan termasuk dalam KABA`IR (dosa besar)

    1. abudarwis says:

      salam ya akh emir..

      lme xmsuk cni.. rndu plak.. mne shbt jauh sorang niπŸ™‚

      ana bkn tua tp berumur.. hehe.. ye, boikot dgn kefahaman.. bkn main taklid buta je.. org boikot kita boikot tp satu habuk pun xpham.. soal kkuatan n kyakinan pun satu hal.. takyah jauh2, ana pun 2×5..

      syukran jazilan akh.. ana hrgai stiap pndangan enta.. ana kagum dgn artikel2 enta.. Buat la novel.. ana pasti beli..πŸ™‚

  3. kenapa kena novel? tak mahulah… ana malu apabila dapat tahu bahawa Hassan al-Banna tidak menulis buku kerana dia mahu menulis manusia…. ana di sini? huhu~

    yang enta kagum itu, sebenarnya Allah, sungguh apa yang ada pada ana adalah daripada Allah, baik dan buruk, cuma analah yang memilih buruknya….

    ana dekat je dengan enta akh, ana sekarang di seremban, enta di KUIS. mak ana pun kerja di sana… cumanya ana dah nak balik dah ke Australia, kurang dua minggu lagi… in sya Allah akh, teringin nak jumpa enta…

    enta jaga diri, andai bukan sekarang taqdirnya kita bertemu, kita akan bertemu nanti, kalau bukan di dunia, kita jumpa di akhirat sana…

    barakAllahu fiik…

    emir.abu.khalil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s