Ujian di Perak lalu dia terbang ke Jordan…

Bismillah walhamdulillah..

Jika apa yang berlaku di Perak membuatkan kita lemah dan kecewa, ya kita wajar berperasaan demikian. Saya juga begitu.. Tapi, saya sentiasa positif dalam menerimanya. Saya yakin, kebenaran akan kembali.. Kebatilan akan dikafankan. Pelan-pelan.. Allah tarik dan Allah akan kembalikan kepada sesiapa yang DIA kehendaki.. Kebenaran tetap akan menang, dan Allah pasti bantu.

Keyakinan yang turun naik ni kekadang buat saya malas memikirkan pasal Dato Nasarudin yang masuk balik UMNO. Takde stand betul.. Dahla masuk bagi salam pun tak dengar, keluar pun tinggalkan taik kucing kat depan pintu rumah! Jangankan nak peluk tuan rumah yang bagi tinggal sepuluh hari, diludahnya pula tuan rumah dengan orang-orang rumah sekali.. Hishhh, pengotor benar sikap orang umno.. Kalau dah memang tak suka nak bersih diri, perangai kotor tu tak malu pulak nak ditonjolkan.. Takpe.. Kita tutup.. Buat masa ni๐Ÿ™‚ Sambung sambil minum radix esok๐Ÿ˜€

Seorang sahabat saya akan ke Jordan tengah malam jumaat atau awal pagi sabtu, InsyaAllah.. Belum berangkat, dah terasa kehilangan.

“baiii, ana akan tinggalkan korang. Ana akan fly sabtu ni..”

“Sabtu ni!!” Saya memang terkejut.. Hati sayu..

“Dah confirm ke san.. KPT kol enta ke enta confirm sendiri ni?”, saya tanya nak sedapkan hati..

“Baru je dia kol ana.. Allah,, Banyak benda tak setel ni..”, Dia nampak benar-benar gembira.. Memang itupun yang dia nak setelah tak dapat ke Morroco tahun lalu..

Dia betul-betul akan pergi, pergi bukan untuk selamanya tapi 3 tahun memang lama.. Cukup-cukupla dia seorang.. Sahabat-sahabat yang ada, jangan tinggalkan daku kecuali yang nak berumahtangga.. Dibenarkan, dengan syarat kad jemputan mesti sampai kat tangan..๐Ÿ˜€

Saya pernah hampir untuk sambung belajar ke UK dua tahun lalu.. Sangat hampir.. Tapi ibu tercinta berat nak lepaskan anak terunanya ni.. Ayah, dia senyum je.. “Ikut mak, ham.. Mak bagi abah benarkan, kalau tak kat malaysia je la..”

Almaklumla, anak lelaki tunggal.. Manis pulak tu.. hehe.. perasan..

Allah..

sahabat-sahabat,

Islam sedang bangkit.. Orang Islam sebenarnya tidak ditindas sebegitu hina seperti yang kita lihat di TV dan baca di dada akhbar.. Propaganda media oleh barat dan Yahudi sudah berlaku sejak sekian lama untuk melemahkan orang Islam.. Tapi kebangkitan Islam tetap dan sedang berlaku.. Ia tidak boleh di halang dan kemenangan yang entah bila pastinya akan terjadi suatu hari nanti.. Itu janji Allah dan RasulNya.. Tak mahukah kita jadi sebahagian dari proses kebangkitan ke arah kemenangan itu? Nah! Kalau kita menggeleng, ada besar kemungkinan kita sama macam perampas-perampas tak tahu malu di Perak.. Kalau kita mengangguk pun sebenarnya belum tentu kita jadi sebahagian yang mengisi kemenangan andai kita balik menambah taik mata, bergoyang kaki dan berpeluk tubuh.. Buatlah sesuatu untuk agamaNya.. Jangan hanya berkelana di masjid sedangkan di luar masih bersepah yang mendedahkan aurat.. Jangan hanya seronok dengan perjuangan kita andai hati dan niat tidak dijaga.. Jangan hanya seronok dengan perancangan andai iman dan amal tak dipelihara..

Mengambil kata-kata seorang sahabat,

“Islam tak pernah perlukan kita, tapi kita perlu kepada Islam.. KIta rasa kita dah bekerja 24 jam untuk Islam tapi musuh bekerja 25 jam untuk memusnahkan dan memporak perandakan perancangan kita.”

Apa intipatinya? MOh, kIta penatkan kepala otak kita untuk berfikir dan terus berfikir.. La ni, saya masih lagi menerima mesej-mesej tanpa henti tentang info-info terkini apa yang berlaku di Perak.. Saya berharap dan berdoa.. Sahabat-sahabat juga InsyaAllah.. Kita semua mengharap sesuatu yang seadil-adilnya berlaku di sana.. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha BIjaksana..

ps: Jangan suka sangat beradix sebab musuh kekadang berair suam je.. Musuh yang sengket la.. hehe.. Peace!!!๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s