PS2 players, Jebat dan Sultan juga manusia…

Bismillah walhamdulillah

Alangkah mudah jika menjaga iman ini seperti menjaga barang kesayangan peribadi.. Tentu juga lebih ringan jika keinginan istiqamah dalam beramal keseronokannya macam main permainan PS2. Gian beribadah ini tak semua dapat rasa.. Tapi kalau sekali terjebak dengan PS2 , alamatnya kesanggupan manusia sampai ke tahap tidak lagi mempedulikan hak diri sendiri dan orang lain. Malah lebih dari itu, hak Allah Taala juga turut diabaikan..

Bukan semua🙂 Ada yang berhenti serta merta bila azan berkumandang.. Kelam kabut bersiap nak jumpa Allah Taala, dalam keadaan sedang syok ber’winning Eleven’ atau BerCounter Strike atau berNeed 4 Speed..🙂

Berbanggalah yang tegas dalam beragama!!

Pembetulan!!! Yang lagho tetap lagho… 😀

Cerita lain…

Di taman saya, seorang jiran wanita separa umur berseluar pendek dengan sering kelihatan rokok dibibirnya, menghantar anaknya berumur 8 tahun belajar mengaji dengan emak saya. Emak ok je.. Saya yang tak berapa ok, tekezut!! Aiiii, takpela.. Orang macam ni lebih mulia dari orang tua kutuk tak sedar diri macam Najib Razak n the Geng.. Including his wife, Rosmah..🙂

Berani depa kata Haji Nizar penderhaka macam Hang Jebat.. Hei, sape kata hang jebat derhaka! Hujung cerita Hang Tuah pun akhirnya tahu yang Jebatlah yang benar.. Jebat pembela dan pejuang kebenaran.. Tuah? Sultan? Sultan adalah mangsa keadaan si jahat karmawijaya yang membuat fitnah terhadap Tuah.. Sultan tak boleh juga disalahkan walaupun baginda sepatutnya bertindak lebih adil dengan menyiasat dan mengadili.. Tidak mengapa.. Allah Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. Saya hanya mampu melihat, mendengar dan berdoa agar ‘Jebat’ yang dikatakan derhaka akan mendapat kembali ‘tempat’nya.. Kita doa sama-sama..

Andai Sultan didaulatkan dan terus-terusan begitu, maka jangan sesekali kita lupa bahawa baginda Sultan juga tetap manusia yang akan berhadapan dengan Allah di akhirat nanti.. Mahkamah Allah tidak memilih bulu.. Sehebat mana kita di dunia, tiada siapa yang akan terlepas dari diadili… Kalau di dunia boleh terlepas dari hukuman dengan membeli hakim-hakim, peguam-peguam dan individu-individu berkepentingan di dunia, di akhirat kelak, NO WAY!!! Kalau di dunia, dengan selamba bodoh membuat kenyataan palsu untuk melepaskan diri, cubalah di akhirat nanti.. Boleh? Ingat dapat!!!

Sahabat-sahabat,

Penyakit Cinta Dunia dan takut mati (al wahnu) punca manusia sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat.. Halal haram langsung tak dipeduli asalkan apa yang diingini berjaya dimiliki seolah-olah kehidupan ini kekal abadi.. Agama Allah dipermainkan.. Hukum Tuhan dianggap melucukan oleh orang yang faham agama.. Dan akhirnya kita umat Islam ditertawakan.. JIka Karpal akan karam maka kita pula umat Islam akan lemas, hanyut dan terkapai-kapai dek fitnah akhir zaman yang dimulakan oleh saudara seagama sendiri.. Maka untuk selamat dimana tempat sepatut kita berpaut? PAStinya kita semua mahu selamat.. Tapi, jangan terlambat! Fikir sambil beradix pun ok🙂

ps: Al Fatihat buat Ustaz Roslan Shaharom MP PAS Bukit Gantang yang telah menemui Allah TUhan Rabbul Jalil..

2 thoughts on “PS2 players, Jebat dan Sultan juga manusia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s