Jangan sangka..

Memang banyak perkara diluar jangkaan berlaku. Tanpa sebarang alat sokongan, memang sulit untuk mengagak kecuali dengan naluri seorang manusia berdosa yang selalunya tersasar. Alat sokongan pun takde sebenarnya melainkan imiginasi yang tinggi selepas menonton final destination. Atau mungkin peminat setia ‘that’s so raven’. Nasihat saya, jangan cuba jadi Raven di rumah. Agak-agakla nak berangan ada kuasa psikik. Poning mak ayah karang..

Saya memang tak sangka Man Utd akan ditibai LIverfool kelmarin. Saya tertanya-tanya adakah Van Der Sar tersalah telan ubat atau ferdinand dipaksa ferguson untuk turun bermain walaupun tak cergas atau mungkin david blane punye kerja. Rupanya tidak.. Selain Vidic yang diarah keluar padang, Anderson budak brazil tu (yang selalu je tension bila main) yang tak berapa nak menjadi. Salah strategi pun ya jugak. Second half baru sibuk nak masukkan berbatov dengan dua orang kuda tua yang masih lagi hebat. Siapa lagi kalau bukan Giggs dan Scholes. “Sayang semuanya, sudah terlambat”. Takpelah.. Bola kan bulat.🙂

Final Swiss Open, Chong wei macam biasa, jumpa budak lin Dan lagi . Masa final All England kena belasah straight set. Kali ni, Lin Dan kena belasah balik. KIra depa berdua ni macam Federer dengan Nadal la.

Memang susah nak ramal.

Kena saman. Ni pun satu. Elok-elok pakai sit belt, takde pulak JPJ atau trafik nak buat operasi. Terlupa sekali, elok keluar roundabout nah kat situ road-blocknya. Allahuakbar.. Dahla kereta hijau, sticker cermin dah macam nak pergi perang, masa tu plak berkopiah putih dengan adala janggut separa matang. Semacam Peg. JPJ tu tengok.

“Kenapa tak pakai sit belt?” soal peg. JPJ tu..

Saya tak jawab + senyum yang dah masuk ke tahap sengih. Dah memang salah.. Walaupun undang-undang dunia tapi kalau nak argue dengan Peg JPJ tu bukan dapat apapun. Makin dapat susah ada. Ambil saman, lepas tu sorok, jangan sampai diketahui ibubapa. Pandai-pandaila setel sendiri. he he.. Allah..

Kehidupan ni, kalau kita boleh ramal apa yang berlaku memang bagus. Maknanya kehidupan mungkin akan sempurna. Matlamat boleh capai dengan sangat mudah. Dan kita sukar untuk ditewaskan. Tetapi Allah menjadikan kita ini, manusia yang mempunyai kelebihan tersendiri yang terhad supaya kita tahu bahawa penciptaan kita di dunia ini tertakluk di bawah pemerhatian dan pengawasan. Kita perlu berusaha kemudian berdoa supaya permintaan dikabulkan. Sebaliknya jika tiada daya usaha maka kehidupan ini akan menjadi susah dan sempit.

Manusia yang dikurniakan kepintaran tidak akan mendapat tempat di dunia jika tidak berusaha dan merancang untuk berjaya. Sejarah manusia pintar di negara kita, tidaklah begitu baik untuk dikenang. Ia kekadang menakutkan. Saya fikir budak pintar seperti Adi Putra tidak seharusnya diberi terlalu banyak keistemewaan. Cukup kita tahu dia pintar dan layan dia seperti yang lain. JIka dibuat pengasingan maka dia akan semakin jauh dengan kanak-kanak yang sezaman dengannya. Dia akan keseorangan dan sendiri rasa terasing. Saya percaya keadaan ini akan memakan dirinya kelak.

Sejarah memang tidak boleh dijadikan satu-satunya kayu pengukur tapi sejarah berkaitan manusia biasanya tepat kerna ia lumrah.

Jika menanam sebatang pokok rendang yang tidak kuat akarnya maka ia tetap akan tumbang akhirnya. Ribut taufan tidak akan memilih. Maka, segeliga mana manusia sejak kecilnya jika tidak dibajai dengan asas agama yang cukup maka mudahlah hanyut dibawa arus jahilliyah. Na’uzbillah min zalik..

Maka sehebat mana Man Utd dipersada liga, jangan sangka chelsea atau liver’fool’ akan memintas mereka dipenghujung saingan. Sehebat mana rekod Lin Dan ke atas Chong Wei, jangan sangka dia boleh menang setiap kali berjumpa. Sehebat mana Peg JPJ dan trafik menyaman manusia bersalah di jalanRaya, jangan lupa bahawa Allah tidak pernah lupa untuk ‘menyaman’ manusia berdosa di atas dunia. Jika dunia tak merana maka akhirat akan merasa. Allahu Taala ‘alam..

ps: Ada orang minum radix dua paket satu cawan.. Kisah benar ni. Tak pelik tapi dasat🙂

One thought on “Jangan sangka..

  1. kanoute says:

    kesian adi putra.. Susah jadi bdk pintar ni.. kcik lg plak tu.. Kalu mcm nik nur madihah tu xpe la. dah besar.. huh hebat!! Kaki tahjud.. mne tak 20A.. tp btulla akh, ana nk kte stju dok jgk tp mmg mngerikan bdk pndai sngat wktu kcik ni.. kalu xde mknisma khas mmg pning.. tp dngar cite jgk adi putra hafal quran.. xpasti takat mana.. InsyaAllah laa..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s