Agama benar dan sesat.. Kenapa perlu ada?

Ketika sedang dibuai keenakan kopi radix diwaktu petang, seorang sahabat bertanya dan minta pendapat saya melalui sms. Begini soalannya:

Kalau ada non-muslim tanya kita, kenapa perlu ada agama yang benar dan agama yang sesat? Kenapa perlu ada perbezaan?

Apa jawapan kita sebagai penganut Islam? apakah jawapan yang baik yang boleh kita berikan?

islam

Ok, bayangkan soalan ini ditanya ketika sedang menunggu bas di perhentian bas atau sedang dalam perjalanan ke suatu tempat yang sedikit jauh dan penanya non muslim tersebut duduk bersebelahan kita.  Kita tak punya banyak masa untuk berfikir panjang. Andai kita menunggu bas, kita punya 10 ke 15 minit saja untuk memberi jawapan bijak dan boleh diterima akal si penanya. Kita sedikit bernasib baik andai sedang dalam perjalanan ke suatu tempat yang memberi ruang untuk berbual-bual dahulu sebelum memberi respon. Ia mungkin membantu. Ia MUNGKIN sekiranya kita memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut.

Ketika saya masih menuntut di UiTM Kota Kinabalu beberapa tahun yang lalu, pensyarah saya seorang ustaz ada menyarankan saya dan sahabat-sahabat agar membawa paling kurang  satu buku agama atau artikel untuk dibawa kemana-mana sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berhadapan non muslim terutama dikalangan pelajar. Tidak kira apapun, hatta buku panduan solat lima waktu pun sudah dikira cukup bermanfaat.

Tujuannya, jika di tanya soalan-soalan berkaitan Islam, kita berusaha memberi jawapan dan andai jawapan yang kita beri kurang memuaskan, sebagai susulan kita beri kepada si penanya buku yang kita bawa sebagai hadiah. InsyaAllah, pertama dengan sahsiah kita yang elok dan cara berinteraksi yang menambat hati ia mudah-mudahan membuatkan ia tertarik dengan Islam( dakwah bil hal). Kalau belum tertarik sepenuhnya, paling tidak  si penanya sudah mula untuk mengetahui kebenaran dan keindahan Islam. Kedua, tindakan memberi buku sebagai hadiah satu lagi kredit tambahan kepada peluang si penanya non muslim untuk terus mendekati Islam.

Ia bukan mudah andai si penanya terlalu banyak kerenah. Untuk itu, pendekatan reverse psychology mungkin lebih ideal.

Saya teringat kisah Almarhum Hamka ketika mana beliau berhadapan dengan seorang paderi ketika di dalam keretapi dalam perjalanan ke suatu tempat. Almarhum Hamka ketika diolok-olokkan paderi tersebut betapa ruginya orang Islam diharamkan meminum arak, beliau kemudian membalas betapa ruginya paderi diharamkan berkahwin. Paderi tersebut kemudiannya beredar dengan perasaan marah.

Kita mungkin tidak mengharap sangat paderi tersebut akan tertarik dengan Islam setelah mendengar dia diolokkan kembali, tetapi sekurang-kurangnya ia akan memberi impak terhadap timbulnya perasaan tertanya-tanya dan kepelikan, mengapa paderi diharamkan berkahwin. Sedangkan manusia dijadikan bepasang-pasangan. Lelaki dan perempuan, jantan betina dan sebagainya. Almarhum Hamka ‘menang’ di situ.

Kehebatan Ahmad Deedat juga satu contoh. Dalam mana-mana sesi persebatan dengan mana-mana paderi, beliau hanya menggunakan bible untuk menewaskan hujah. Ini bermakna isi bible sudah dihadam dengan sangat baik. Sudah pasti Ahmad Deedat juga sangat memahami Al Quran. Ia menjadikan perdebatan untuk ‘menang’ sangat mudah kerana perbandingan Al Quran yang terpelihara dengan bible yang sudah disongsangkan sangat besar. Ini juga mungkin satu contoh reverse psychology. Betulkan saya andai ada kesilapan di sini.

Dalam persoalan yang dibangkitkan sahabat saya, ia mungkin lebih kepada soalan umpanan jahat untuk menimbulkan kesangsian. Mungkin juga sahabat penanya non muslim benar-benar ingin mengetahui. Di sini kemahiran berinteraksi, bertenang dan kemudian mematahkan hujah lawan dengan kaedah mantik amat penting. Orang Usuluddin dan dakwah ada kelebihan ini. Cuma peluang untuk menang ada pada semua. Orang IT,  bisnes,  nelayan, petani dan lain-lain.

Saat ini saya masih memikirkan jawapannya. Saya minta pandangan sahabat-sahabat serumah.  Perbincangan kami belum tamat. Saya juga akan merujuk pada yang pakar nanti. Kalian bagaimana?  🙂

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Ali Imran 3: 19

9 thoughts on “Agama benar dan sesat.. Kenapa perlu ada?

  1. kanoute lagi says:

    menarik soklan.. Ana duk pkir jgk ni.. org fakih pun blum tntu leh jwb.. kna ada skill mntik mcm enta ckp la..

    nak senang bg dalil mcm 3:19.. tp tu kalu sesama islam, mudahla.. non muslim garu kpala.. tetarik ana, enta bg cntoh hamka tu.. ahmat dedat blmbak kleksi debat dia.. hebat2 tp dua2 dh tinggalkan kita..😦

  2. abudarwis says:

    salam akh,

    utk bg jwpn bbntuk logik akal nk xdpt lg.. shbt dr kos usuluddin gtau sbbnya adlah krn hawa nafsu.. mksudnya, dr segi tndakan mengubah isi asal kitab2 terdahulu spt taurat dan injil menjdikan agama mereka sesat.. dan kita leh lihat bnyak versi2 bible.. Quran tetap satu versi shingga hari kiamat.. Cuma lagu mano nak ubah sbb yg dberi kpd jwpn yg brbntuk logik akal.. Itu yg tgh duk pening..

    Ada cadangan?

  3. munkin enta boleh bagi logiknyer begini

    kat dunia ni kita diajar bahawa yang (/) untuk betul dan (x)untuk salah.

    (/) untuk betul kenapa?
    dan (x) untuk salah pula kenapa?

    cuber tanyer dia balik soalan ni…

    renung2 kan…selamat beramal,,,

  4. jal rasta says:

    slm us adham!
    menarik artikel nta ni.soalan2 cani dr non muslim, bg ana lbh baik gune logik akal..kecuali bg non muslim yg kite dpt kenal PASti sgt2 hampir nak memeluk Islam.Utk golongan ni mgkn da bleh kenalkan deme dgn dalil Quran. Kalau ana, ana akan tanya blk non muslim tu, nape manusia hidup PAS2 mati?..nape tak leh hidup je tanpa perlu mati?..Then ana akan tengok jwpn dia utk teruskan perdebatan..*Respond pd statement dlm perenggan ke-10:Pd ana, bible mmg bleh digunakan dlm perdebatan bg menyelongkar ketidak telusan bible tu sndiri. Apepun as a muslim kajian,penghayatan n penelitian yg mendalam tetang Quran perlu diberi keutamaan sblum mengkaji kitab lain bg mengelakkan terpesongnya aqidah seorang muslim ..wallahu’alam.

  5. 'AinOlogy says:

    Salaam Adham..

    So… mne jawapannya? Klu die tanye knp ade perbezaan u nk jawab ape?

    Abuya nye answer best… =)

  6. abudarwis says:

    salam semua.. syukrab bg respon2

    -izad,

    menarik jwpnnya.. i was thinking the same actually.. tp enta bg onyudah kpd apa yg ana pkir.. cea wah.. syukran2..

    -atikah,

    enti bg jwpn lbh spesifik.. kira mcm smbungan dr jwpn izad.. jazakillah🙂

    ain,

    pekabo org sngapore?🙂 jwpnnya ialah….🙂 yup, jwpn izad da best..

  7. daunhijau says:

    salam

    org mcam sya ni mybe kna bwa bku la kan.. bila diangan-angankan nak bhadapan dngan non muslim ni nmpak mudah, realitinya complicated kalau xdak ilmu.. Bangun subuh pun lmbat, cmana Allah nak tolong.. TQ sbb entri ini mncetuskan kbmbangan dan keseriusan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s