Orang muda yang banyak hal

Sudah pun masuk 2 April. Saya sedikit terlambat untuk ‘meraikan’ 1 April atau april fool dengan entri pertama bulan ini.

Saya tak mahu menulis pasal fakta-fakta yang ‘april fool’ memang keparat. Dan saya tak rela di’fool’kan pada tarikh ini.  Cukup-cukupla, warisan barat keparat ni diamalkan di asrama-asrama sekolah. Saya antara budak baik yang hampir menjadi mangsa kebodohan dan kejahilan. Mujurla abang angkat muncul tepat pada masa.. he he..Maklumla, baru 13 tahun waktu tu. Comei lagi😀

“Berani ko sentuh adik aku”.

Ceh! Saya tak minta semua tu.. Astaghfirullah..🙂

Ia memang ‘budaya’. Budaya haprak, perosak pemikiran dan akidah .

Sabda Nabi SAW:

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Saya bingung dan bimbang. Belum sampai tahap bangang lagi. Mudah-mudahan..

2674185860_c505989283

Apa kes?

Masalah sosial. Kata sahabat saya, bersosial tu perlu tapi kalau bermasalah dalam bersosial jadila SO SIAL. Kasar bunyinya. Memang kasar. Tapi masuk akal. Saya tidak mengiya dan tidak juga menggeleng.

Masalah sosial orang muda terutama yang masih bersekolah sangat-sangat merunsingkan. Tanyala siapa pun pasal pakwe makwe. Masing-masing dah ada yang ‘special’. Tak payah surat-surat. SMS saja. Missed call orang di sana, orang di sini membalas tanda gembira.  Telefon bimbit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan penting, disalahguna mereka. Geram saya. Mahu saja salahkan teknologi tapi ia sepertinya tidak adil dengan tuntutan masa kini. Itu satu hal. Belum lagi bab ikhtilat (pergaulan), pemakaian dan lain-lain hal.

Ini semua strategi musuh Islam. Perang saraf yang dilancarkan sejak sekian lama, nampaknya semakin membuahkan hasil. Saya tak nampak ia akan berakhir dalam masa terdekat biarpun semakin ramai golongan pelbagai peringkat semakin giat melakukan kerja-kerja dakwah.

Saya tak lihat jauh permasalahan ini. Cukupla perubahan itu saya alami dalam keluarga sendiri. Sulit rasanya mahu menegur sepupu sepapat yang ‘pelik’ cara hidup mereka.  Kalau ditegur, nanti dibilang jaga tepi kain. Kalau tak ditegur, makin koyak kainnya, makin aib di lihat orang. Bukan berlagak baik tapi sayang rasanya sebab kami membesar  bersama. InsyaAllah.

Kata orang sabah, “Palan-palan baa”.

Sebab itu, kerja dakwah mesti dioptimumkan.

“Apa aku sudah mulakan? Andai sudah, di mana aku sekarang? Andai belum, bagaimana?”

Nampak mudah bila berkata-kata. Tapi bila persoalan diiitimbulkan kita gagal berikan jawapannya. Saya tak pasti, di tangga dakwah mana saya berada. Memang dakwah adalah nyawa tapi ia boleh lemah dan mati. Jika tak tepat penawar  maka racun jadinya.

Saya berpesan pada diri sendiri yang hina dina ini dan sedara sedari yang budiman.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
-[Al-‘Asr 103: 1-3
]

2 thoughts on “Orang muda yang banyak hal

  1. bismillahi walhamdulillah,

    satu cetusan yang baik ana kira akhi… ana ada terfikir untuk menulis mengenainya, namun masih belum masa yang sesuai, dan masih ada keutamaan lain, dan ada beberapa hal yang masih dikaji.

    soalnya, bagaimana dengan orang yang menganggap dirinya mengikut tarbiyyah, hadiri usrah, lakukan dakwah, tetapi dalam bab ikhtilat dia tidak menjaganya?

    mari fikir-fikirkan….

  2. abudarwis says:

    salam akh,

    ana takut, bimbang kalau2 dsebabkan klemahan ana dlm bdkwah akn buat org2 tdekat spt kwan2, sedara mara semakin jauh dr Islam.. Moga kita trus tsabat dlm pjuangan. Jazakallah akh🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s