Soalnya hati di kala menangnya ‘jebat’

Sehebat-hebat dan sejahat-jahat kerajaan pasola, akhirnya mereka terpaksa akur dengan pengaruh ‘Jebat’ yang benar. Suka untuk saya nyatakan bahawa saya berasa sangat gembira dan teruja bukan kerana ‘UMNO is falling down’ tapi kerana ‘Jebat’ mendapat tempatnya kembali.

Mebebaskan 13 tahanan ISA nampaknya tak memberi apa-apa kelebihan malah ia taktik lapuk yang turut digunakan Tun Pak Lah yang melepaskan DSAI semasa beliau baru menerajui kepimpinan..

Ya, ia belum berakhir. Masih awal. Pak Najib pastinya tak duduk diam dan tak reti nak berdiri atau berlari setempat selepas kekalahan di dua bukit. Kita tengok nanti..

Baik. Kita beralih..

‘Inni akhafullah harabbal ‘alamin’.

Ia sangat mudah dilafazkan. Membinanya?

Ia persoalan jelas tentang krisis iman dan taqwa yang belum berkesudahan. Membina ketakutan yang ampuh terhadap Pencipta Allah Rabbul Jalil sangat sulit apatah lagi dalam menghadapi cabaran akhir zaman yang benar-benar menekan. Skop persoalan mungkin lebih tertumpu kepada golongan umur pertengahan. Saya,  abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak kita.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

Maksudnya jelas.

Mudah kita gambarkan keadaannya. Di depan manusia yang ramai peribadi kita mengkagumkan. Baik, alim, sopan pendek kata ‘pijak semut tak mati-mati’. Sebaliknya ketika berseorangan, lain pulak pe’el kita. Diluar jangkaan sungguh. Ia jenayah yang sukar dimaafkan. Menipu manusia ramai adalah kesalahan besar.

Banyak beramal ibadah di hadapan manusia tapi hancus amalnya bila bersendirian. Dengan siapa dia beramal? Kepada siapa? Mahkluk atau khaliq? Takut akan Allah atau takut tak dapat pujian manusia?

Sejak dulu saya suka memerhati dan berfikir. Bukan mencari lemah manusia lain kerana kelemahan itu ada pada saya sendiri. Namun, pelik yang timbul ialah mudahnya manusia menonjolkan diri untuk tujuan sesuatu yang tersirat. Sedangkan ia tidak pernah dilakukannya sebelum ini malah ia berlaku secara tiba-tiba. Matlamatnya mungkin tercapai dan saya tidak pernah untuk suudzon walau sedikit pada awalnya. Sungguh! Tapi bila melihat telatah dan sikapnya di tempat lain, saya jadi marah dan kecewa. Mungkin saya tak  perlu terlalu husnusdzon atau bertenang saja. Bagaimana?

Atau saya yang terlalu memeningkan kepala?

Mudah.. Saya bawa ia ke dalam diri sendiri. Bagaimana saya di khalayak manusia dan bagaimana pula saya ketika seorang diri? Saya suka membanding-bandingkan keadaan dan keupayaan saya istiqamah dalam beramal ketika saya berada dilokasi yang berbeza. Paling mudah solat fardhu, Al Quran dan ma’thurat. Ya, nyata sekali ia berbeza. Di kampus ia nampak sangat mudah untuk disudahkan. Malah sukar untuk ditinggalkan walau sekali. Di rumah sewa dan di kampung Allah saja yang Maha Mengetahui kesulitannya. Adakah itu tanda tidak ada atau kurang takut kepada Allah?

Saya memikirkan begitu banyak faktor yang menghalang.

Soal hati lagi. Mahu saja menyalahkan godaan syaitan semata-mata. Ya Allah..

“Adham, surau Dahlia, syakirin atau masjid?”

Hari-hari dan hampir setiap waktu solat fardhu. Kami merancang nak berjemaah di mana. Memang biasa kami tak setempat saja. Ada tiga surau di sekitar kawasan Pangsapuri Mawar, Bandar sri Putra ini. Tidak ada alasan untuk berkata tidak kepada bersolat jemaah. Buatlah apapun untuk memaksa diri dan  mengingatkan sahabat-sahabat. Dan saya mesti bersedia juga untuk diingatkan.

Sahabat-sahabat,

Dalam tempoh dan masa ini, sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga yang lebih getir (kepada yang masih single mingle), adalah mustahak untuk kita sentiasa berusaha demi memastikan keutuhan dan kestabilan pelbagai aspek. Bukan setakat kerjaya dan ekonomi lebih dari itu ialah kebolehan memimpin dan menjadi qudwah (lelaki) dalam setiap perkara.

Kita hanya insan yang lupa tapi jangan kita terlupa bahawa Allah tidak pernah melupakan setiap perbuatan dan kelakuan kita hatta sekecil zarrah. Baik mahupun sebaliknya. Allahu’alam🙂

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Az-Zalzalah 99: 7, 8

ps: Biarpun ‘jebat’ mendapat tempatnya kembali tetapi musuh masih ramai. Patik tak risau sangat sebab majoriti rakyat jelata dibelakangnya🙂 Moh radix kita!!!😀

One thought on “Soalnya hati di kala menangnya ‘jebat’

  1. daunhijau says:

    aik ustaz, da cite psl rumahtngga ni.. hehe.. yeaa jebat menang😀

    bkn senang nk pimpin orang neh.. berat2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s