Cerita Pasal rokok

Andai dikenang-kenang sejarah silam pasti pelbagai perasaan timbul. Tidaklah silam sangat. Umur saya pun baru nak masuk 25..🙂

Terkadang ketawa sendiri, terkadang sedih menyesali hingga mengalir air mata tanpa disedari..

rokok11Terkadang lagi perasaan bangga menyelebungi diri kerna berjaya menjaga kesucian diri dari dicemari najis rokok ketika diri dikelilingi perokok-perokok amatur dan Professional. Itu waktu di sekolah menengah..

Saya masih ingat, waktu hari pertama mendaftar tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, abah  berpesan:

Duduk asrama jangan macam-macam. Abah tahu ham merokok, siap! Berhenti sekolah, duduk rumah.”

Abah memang garang dulu. Garang nak didik anak. Bukan nak dera. Tapi, amaran keras abah waktu nak ‘melepaskan’ saya ketika itu, tidak menimbulkan sebarang kerisauan melampau bahkan saya hanya tenang mengangguk.mom-rokok

Jangan diajar

Saya tahu saya boleh bertahan. Saya anti asap. Saya tak boleh terima walaupun sekali untuk membenarkan paru-paru saya dimasuki asap.Saya berjaya untuk tidak mencuba walaupun sekali sehingga tamat sekolah.

Jika boleh pun sekarang, ia berlaku tidak sengaja samaada ketika menunggang moto, berjalan kaki, di kedai mamak dan ditempat-tempat awam. Maklumla, malaysia ni banyak asap.🙂

Saya tak benci dan tak boleh nak membenci orang yang hisap rokok. Cuma kecewa. Tak tahulah.. Apa guna benci. Ramai perokok dikalangan kawan dan kenalan, mereka sangat baik. Kebanyakan mereka tahu mereka teruk dengan tabiat merokok dan mahu berhenti tapi malanganya tidak berdaya kerana kurang sokongan kawan serta keluarga. Jadi, selagi boleh saya akan memujuk dan memberi sokongan padu supaya mereka berusaha meninggalkan tabiat buruk tu.  Sokong dan pujuk dengan memaksa. Paksa sayang🙂 InsyaAllah..

Saya memang suka orang yang suka rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Tapi ada dikalangan mereka mungkin perokok. Ishkk.. Perukuk yang perokok. Macamana tu?

Kalau pak Ustat atau tok imam merokok di depan kita? Apa rasa ye?2113746649_b2da833799

Berhenti kat sini pasal rokok. Banyak sangat  sampai macam nak tertelan asap.. Uhuk2.. Jangan memain! Walaupun tak merokok, tertelan asap rokok lagi bahaya lebih-lebih lagi yang keluar dari perokok.  Ia dipanggil merokok secara pasif (passive smoking),,

Udah le. Saya gerun.. Kesannya kepada orang yang tidak merokok  dari segi kesihatan  lebih dahsyat dari kesannya terhadap perokok. Kasihan sungguh!

Tidak mengapa. Moga Allah ampunkan dosa kita semua🙂

Sahabat-sahabat yang budiman,

Cerita hari ini adalah hadiah. Esok dan lusa belum tentu. Masih misteri..

Memetik kata master Oogway kepada Po dalam Filem animasi mantop Kung Fu Panda:

Yesterday is history, tomorrow is a mystery and today is a gift”

Nikmati hari ini sebaiknya. Kenanglah apa yang berlaku semalam dengan senyuman. Berdoalah sebanyak mungkin agar misteri dihari esok menjanjikan sesuatu  yang baik dan menyenangkan. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya..

ps: Dan ketahuilah sahabat-sahabatku, rasa kopi radix sangat sedap jika ia dibuat di dalam gelas kecil dengan hanya sedikit susu pekat manis.🙂 Tepuk dada tanya selera.. Maaf kepada perokok. MOga anda bahagia..

5 thoughts on “Cerita Pasal rokok

  1. nuriman says:

    salam,

    senior ana dulu penah lempang budak form 1 sbb baru je 1 hari duk hostel dah blaja isap rokok. bdk2 skrang memang pntang dapat pluang.. Jauh skit dari mak ayah, sume nak dicuba. Sume nak dicube.. saje kongsi🙂

  2. perokok baik says:

    salam singgah,

    saya dulu heavy smoker. Berkat doa mak n kawan2 yang baik saya berjaya bhenti spenuhnya. AlhamduLillah, smuanya ats diri. Takdak alasan.

  3. durian tunggal says:

    salamzzz,

    crita psl duk hostel di hari ptama memang tkenang bnyak kisah lucu. sya ni ank bngsu, xpernah brenggang dengan mak ngan bapak. Skali jauh, tinggal sndiri.. aduihaaiii.. mnangis, melalak bang oiii!!.. haha.. malu btul waktu.. Tak lama, masuk sbulan dah ok. dah mula sonok. member da ramai, outing tiap2 mnggu da lupa nak balik rumah😀

    merokok ni, saya pnah cuba skali.. tabatuk, tesedak macam nak mati.. lepas tu, insaf.. itupun masa form 5..

  4. bismillahi walhamdulillah,

    manjang bertukar ana lihat layout enta ni akhi. bila nak capai yang satunya? huhu~ biasalah ada masa kita akan bertukar kan…

    merokok adalah satu fitnah buat mereka yang memanggil diri penyeru ke jalan Allah, pembaik keadaan… apalagi dengan serban berlilit dan kopiah di kepala… kekadang terasa hairan melihat situasi ni, mereka bahkan orang yang lebih maklum akan hukum-hakam agama, tetapi ada yang sanggup menghalalkan sesuatu yang haram kerana mereka sendiri melakukannya. Islam tidak boleh ikut acuan kita, kitalah yang perlu ikut acuan Islam. acuan manusia ini dipenuhi nafsu dan tangan-tangan tidak bertanggungjawab, maka ia tidak sejahtera.

    lebih menggelikan hati, pengurus syarikat rokok tidak merokok, namun keuntungan daripada rokok tersebut dilihat mampu menjana kewangan yang besar.

    Islam masih memerlukan masa untuk kembali, selagi mana kita tidak kembali ke pangkuannya, maka ia tidak akan kembali ke pangkuan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s