Cerita dakwah dulu dan perubahan

Dulu, saya amat keras dalam menegur.  Saya hampir jahil dalam berhikmah. Rasa saya..

Percaya atau tidak, saya pernah dipulaukan oleh sekumpulan pelajar kerana menegur mereka yang ketawa terbahak-bahak. Ada di antara mereka berkata dengan teriak yang jelas,” nak tegur pun, berhikmahla sikit.” Ingat kami murahan ke?”

Pada hemat saya ketika itu, hikmah itu seolah-olah berlemah lembut semata-mata. Bagaimana mungkin sekumpulan pelajar perempuan yang elok bertudung, berkumpul dan ketawa sehingga kelihatan anak tekak mahu ditegur secara berlemah lembut. Saya marah.. Ia seolah-olah menjatuhkan terus martabat kaum hawa yang selalu dikaitkan dengan perasaan malu.

Saya jadi ketakutan selepas itu. Saya bimbang kalau-kalau mereka terus-terusan mencabar kerja kecil saya untuk agama. Saya risau andai teguran itu langsung tidak diendahkan dan mereka menjadi semakin berani untuk melanggar batas-batas yang perlu ada dalam diri seorang wanita beriman.

Kebimbangan saya jadi kenyataan. Saya gagal. Malah saya dibenci untuk tempoh yang agak lama.Dalam tempoh beberapa ketika, saya agak terkejut kerna hubungan saya dengan mereka pulih dengan sendiri tanpa dipaksa.

Mereka amat segan dengan saya selepas itu dan saya sendiri rasa dihormati lagi dihargai. Itu yang saya rasa dan itu juga yang diberitahu..

Mereka ialah rakan  sekelas semasa diploma..  Itu cerita lima tahun lalu. Cerita kerja dakwah budak umur 20 tahun.

Kini, ia nyata berbeza. Pendekatan nampak sedikit ‘open’ tapi masih lagi kelihatan tegasnya. Itu apa yang dilihat sahabat-sahabat sejalan. Bukan syok menilai diri sendiri..

Saya masih belajar dan mencuba yang terbaik untuk agamaNya. Itu pasti..

Keinginan berdakwah, menjadikan saya seorang yang sangat serius. Dakwah menjadikan saya matang dalam berfikir. Ia membuatkan saya belajar cara hidup bermasyarakat. Bagaimana berdepan dengan mad’u pelbagai gaya, dan latarbelakang.

Memerhati perangai sekumpulan  pelajar sekolah menengah misalnya. Saya lihat saya di dalam mereka. “Aku pernah begini dan aku perlu faham.” Bayangkan pula saya adalah mad’u.. Saya mahu ditegur cara yang bagaimana.. Cara kasar, lembut, lawak atau bagaimana.

Saya tahu ia bukan mudah. Silap langkah, mad’u akan semakin jauh dengan Tuhan..

Pengalaman di SEPINTAR menceritakan sebahagiannya.. Bukan keseluruhan lagi. Mereka agak bertuah kerana berada di sekolah dimana biah solehah masih hebat terpelihara.

Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah harian biasa yang pelajar-pelajarnya ‘bebas keluar masuk’?

Ia cabaran besar buat saya sendiri kerana adik bungsu saya sendiri baru berada di tingkatan dua yang turut bersekolah di sekolah harian biasa.

Sahabat,

Cerita dakwah, berdepan masyarakat, dan sebagainya takkan habis di sini. Dakwah tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung jasad.

Dakwah adalah nyawa dan ia milik Allah.. Bukan hak kita memikir jayanya dakwah. Hak Allah semata-mata.

Sebagai akhirnya buat masa ini,

Dari abu said al Khudri r.a. katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangan. Jika sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Jika sekiranya tidak juga ia mampu maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Dan yang demikian itu, adalah selemah-lemah iman. (riwayat muslim)

Teruskan bekerja untuk agama Allah dan keranaNya🙂

3 thoughts on “Cerita dakwah dulu dan perubahan

  1. mujahidIman says:

    Assalamualaikum

    Kalau ikhlas kerja dakwah yang dilakukan kerna Allah, maka Allah akan mudahkan jalan yang nampak sukar pada awalnya. Ana tak pasti nak kata metod enta salah atau tak. Tapi yang penting kerja dakwah itu sendiri.

    sulit juga rasanye kena pulau kan.. classmate pulak tu.. tapi, berkat kebenaran enta dapat pulangannya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s