Exora, D46T DAN Sebelum sesat

Seringkali berbicara tentang jihad dan syahid. Pejuang muda seronok dan senantiasa bersemangat berbincang tentangnya. Dengan raut wajah yang serius. Jari jemari basah berpeluh seolah-olah membilang-bilang tarikh keramat yang belum pasti untuk terkorban mulia di jalan Allah.

Ditambah keadaan Islam yang semakin dagang, menekan umatnya untuk terus berjuang. Kepala otak makin sarat, fikir pasal umat. Diri sendiri kekadang terabai. Dan juga kusut masai. Tak terurus..

“Untuk Islam, biarlah aku begini.”

Sampai tara itu. Hebat. Orang muda memang hebat.

“Aku nak buat begini, lepas tu begitu dan akhirnya aku akan dapat beginun.”

Ya. Dan saya mengiaya lagi.. Dan lagi..

Kemudian, lemah.. Termenung dan duk membebel sorang-sorang, “Bilala dapat “test-drive” exora ni?🙂

Baguskan proton! Dah ada MPV. Lepas ni SUV pulak. Perodua takkan senyap. Kita tunggu, boleh tak MPV perodua compete dengan Exora? Nampak macam boleh je. Paultan kata, harga seunit Perodua MPV D46T  yang bakal dilancarkan pada suku ke 3 tahun ini, dijangka RM57K hingga RM66k. Kalau nak buat perbandingan dari segi harga, D46T(nama-kod sebelum launch) dah menang. Lain-lain kita tunggu.

1large

Sumber : Paultan.org

Sesuai untuk yang baru berkahwin.😀

Sikit je, tak boleh banyak-banyak..🙂

Aik, apa ni? Cerita pasal jihad, syahid tetiba masuk kereta pulak. Apa kes?

Haaa, itula asam garam dalam nak mengupdate blog.😀 Sebelum nak publish apa-apa entri ni, pemilik blog kekadang macam orang kena strok, kekadang macam kena heart attack ..  Lepas tu, sihat mengejut. ‘Sakit’ datang tak menentu..

Jarang-jarang, update blog sambil gelak sendirian. “Gilo apo?” Ada, memang ada sekali dua. Macam kena rasuk. Sebab baru lepas baca ujang.😀 Nasihat saya untuk diri sendiri, sebelum update blog, tahajud dulu.. Kemudian solat taubat.. Takut depan Allah, menyesal tak sudah. Ni dok, baca ujang!

Tapi, ok jugak sebenarnya. Cuba beli ujang yang terkini. Banyak mesej tersirat tau! Tak baik. Sori yek Pak Din!! Better baca kalau tengah tension keletihan. Dulu ada komik lanun, lepas tu lanun kena gam. Tak tahulah gam apa. Gam gajah atau beryani gam. Kunun-kununnya memedaskan dan memakan dalamkan kerajaan UMNO. Pelik! Apapun, sangat-sangat la bagus komik ni. Kartun islamik belaka. Saya setuju sekeras-kerasnya komik-komik begini diwujudkan kembali. Hahaha, setuju sekeras-kerasnya😀

Ok sahabat-sahabat,

Sebelum saya meleret entah kemana dan semakin jauh sesat, saya berpesan lagi agar kita semua mendidik diri untuk bertanggungjawab, amanah dan mengambil berat dalam setiap tindakan. Ia akan menjadikan kita serius setiap masa. Serius tidak bermakna mesti jalan tunduk, muka berkerut, mulut muncung, tangan asyik menggenggam, lengan di kepala, di library kebanyakan masa, tak mahu menonton spongebob/Wonderpets dan dah tak reti nak senyum. Tapi, serius ialah keupayaan kita untuk grab dan adapt dengan keadaan semasa.

Nasihat lagi, jangan jadi macam Patrick.. he he..

Memasyarakatkan dakwah..

Semoga saya mampu dan kalian juga. InsyaAllah Taala🙂

ps: Keupayaan dakwah dan berRadix di tepi highway🙂

2 thoughts on “Exora, D46T DAN Sebelum sesat

  1. mujahidIman says:

    salam

    ya sheih, jgn risau! Ada rezki enta tu🙂 Lbh exora pun bleh.. InsyaAllah..

    Haha.. Update smbil gelak tu yg tak tahan.. Ishk2, enta ni.. Ujang ok apa😀

    APA YANG PENTING? KERJASAMAA.. hehe.. Ahli grakan Islam kna nonton wonderpets kan😉

  2. abudarwis says:

    salam sheih,

    ana, sjujurnya agak pening mse nak siapkan entri ni.. Stengah jam siap😀 Allahuakbar.. Lagi pening lagi cepat siap.. Sbb takut melalut.. Time pening je la.. hihi.. Mujahadah2.. Slalu tgur ye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s