Jangan PAUSE sokmo; tak semua yahudi jahat?

gabai

Sungai Gabai

Jiwa ketika ini benar-benar menyenangkan.. Hempasan air terjun sungai Gabai dari tingkat ke tingkat diserikan dengan suasana HIJAU hutan yang saya kira masih terpelihara, membibitkan ketenangan dan kedamaian. Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Benarlah bahawa apa saja ciptaan Allah Taala sangat menguntungkan hamba-hambaNya.

Cumanya, samaada kita sedar atau tidak, kita sulit sekali mahu mengucap syukur. Malas! Kita ego dengan Pencipta. Kita sangka kita lebih faham diri sendiri. Hakikatnya, yang lebih mengetahui ialah Tuhan, Allah Rabbul Jalil.

Ibarat karipap daging yang lazat. Apa rahsianya? Sudah tentu yang lebih arif ialah orang yang membuatnya. Begitu juga dengan manusia. Allah yang menjadikan manusia. Allah yang memberi rezeki, menghidup dan mematikan. Allah jualah yang memberi dan merampas kembali apa yang telah dikurniakan. Lantas, kenapa kita begini? Fikir!!!

Pause ll

Saya akan ‘Play‘ balik nanti.. Kalau saya teruskan, nanti ada yang tekan butang ‘forward‘. Takpun ‘next‘. Dah banyak kali sangat sampai ‘stuck‘. Akibatnya, ‘control‘ > ‘alt‘ > ‘delete’.. Kemudian, ‘end task‘. Hehe.. Masak..😀

Saya tak reti putus asa. Cuma kekadang terasa tua bila banyak sangat membebel kat blog ni. Banyak membebel tandanya sayang.🙂 Kita tengok ibu. Menurut pakar, berbanding ayah, ibu lebih banyak bercakap (membebel) dari ayah. Ibu suka mempamerkan sayangnya. Manakala ayah, rasa sayang jarang-jarang ditonjolkan.. Ayah lebih suka untuk bersikap lebih ‘cool’ dan ‘macho’. Saya tak pasti dari segi ‘percentage’.

Justeru, buat masa ni biarlah saya pamerkan sayang saya pada kalian yang budiman. Esok-esok, dah jadi ayah lain la cerita kan😀 InsyaAllah..

Maafkan saya..🙂

Nasihat pakar, jangan  tekan butang ‘pause’ secara mengejut ketika sedang berfikir. Biarkan ia bergerak mengikut tempo pemahaman. Andai perlahan, raikan ia. Andai laju, jangan biarkan ia terbabas. Jika tidak, teruk nanti..

Saya akan minta sedara sedari berfikir lagi..

‘Bukan semua yahudi jahat‘.

Dulu saya sangka semua yahudi jahat, kejam dan menyokong penubuhan negara haram Israel di Tanah Palestin. Saya benci melihat Yossi benayoun, pemain Israel yang bermain untuk Liverpool. Benci!! Biarpun, ‘skill’nya hebat dan ‘control ball’ nya menakjubkan, saya tetap mengecam yahudi keseluruhannya.

4897178

Yossi Benayoun

Tapi, lagi sekali, ‘Bukan Semua Yahudi Jahat’.. Jadi siapa yang jahat sebenarnya? Zionisme tu menate gapo pulok?

Yahudi memang terkenal dengan sifat jahat dan kejamnya sejak zaman para Nabi lagi. Sehinggalah, zaman Rasulullah SAW, bangsa Yahudi diusir keluar dari Madinah. Sejak dari itu, bangsa Yahudi hidup dalam buangan dan mereka hidup di merata tempat. Akhirnya, wujudlah dua kelompok iaitu Ashkenazim (80%) dan Sephardim (20%). Sephardim adalah keturunan bani Israel, dari Nabi Yaakub iaitu bapa Yusuf dan anak kepada Ishak. Ashkenazim pula adalah dari keturunan Khazaria yang diyahudikan sekitar tahun 711 masihi.

Zionisme pulak, ialah aliran politik yang penting dan menjadi dasar penubuhan negara Israel. Jadinya, zionis bermaksud orang yang mendokong fahaman zionisme. Saya nak jelaskan di sini, bukan semua yahudi menyokong zionisme dan penubuhan negara haram Israel. Dan, bukan semua pendukung zionisme adalah yahudi. Terdapat sebilangan besar penganut kristian juga menyokong zionisme.

Untuk, itu, ada dua hujah:

  1. Yahudi juga berasal dari Bani Israel. Ramai Nabi dan Rasul dikalangan Bani Israel di turunkan untuk menyelamatkan mereka.
  2. Ramai dalam kalangan Yahudi yang anti-zionis termasuk paderi mereka (rabbi). Mereka turut bekerjasama menentang zionisme dan Israel. Ramai juga yang memeluk Islam dan menjadi tokoh hebat seperti Muhammad Asad (Leopold Weiss) dam Maryam Jameelah (Margaret Marcus).

Kesimpulan untuk difikirkan, jangan mudah mengatakan bahawa semua yahudi jahat, busuk dan kejam.Yossi Benayoun mungkin mewakili negaranya Israel yang jelas-jelas haram. Tapi, perlu diingat bahawa negara haram Israel telah ditubuhkan di atas tanah Palestin sejak 15 Mei 1948 iaitu 61 tahun yang lalu. Benayoun mungkin antara manusia-manusia berbangsa yahudi generasi ketiga atau keempat yang mendiami Israel. Saya bukan peminat Benayoun. Tapi, yang penting pointnya di sini, ‘bukan semua yahudi jahat’.

Oleh itu, saya sesekali tidak boleh menyalahkan diri sendiri yang baru belajar dan tahu selepas mengkaji. Saya juga tidak boleh menuding jari kepada yang tak suka dan malas buka buku atau mudahnya berat nak ‘explore’ sendiri tentang perkara-perkara yang tidak pasti.

Jadi, berubahlah..

Berubahlah demi kesejahteraan agama.

Kerana Allah suka pada orang yang berfikir dan mengkaji dari yang taklid membuta tuli🙂

Moga saya juga benar-benar berubah..

InsyaAllah Taala..

ps: Belilah buku “Online dengan Tuhan” untuk menggali benda yang best dan kupasan yang menarik. Baca sambil pekena radix suam.. MasyaAllah, enak sekali🙂

7 thoughts on “Jangan PAUSE sokmo; tak semua yahudi jahat?

  1. mujahidsyahid says:

    salam… wah2.. produktif tul enta ni. 3 hr btrut2 entri baru.. bila nak tukar dot com. leh dpt duit poket🙂

    ni, psl boikot brg2 yahudi jgk ana kurang stju sstngh antra kita yg tak pnjang akal. semua diboikotnya.. perkara2 yg boleh diambk mnfaat, jgn la boikot terus.. fikir dulu.. kalau dh boikot, biarlah beterusan.. jgn hngat2 taik ayam.

    buku online dgn Tuhan tu, hmpir2 ana nak beli masa pesta buku lps.. tp tak bukan buku yg harus dimiliki buat mse ni.. Syukran ats entri yg brmanfaat🙂

  2. kery says:

    emmm.. mcm nazi, ada org mnanamkn kbncian kpd jrman scra total sdngkan yg harus dikecam ialah kkjeman nazi itu sndiri.. so, bukan yahudi yg jd soalnya. soalnya, brp ramai yg tahu yg kita hrus bhadapan dgn zionisme n zionis yg mndukung ideologi itu???

    benar kata sdara dan tahniah ats entri yg sntai tapi ada impak🙂

  3. wah… betul lah kata anda…tak sumer yahudi bersifat Jahanam…n paling penting skali aku tak setuju masa diorang boikot McD dulu..dah lah pekerja McD dan KFC 90% semuanya Islam… kalau lah McD tutup, orang2 yang boikot ni nak bagi budak2 ni keje ke???

    aku setuju lah apa cakap ko tadi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s