Jangan pernah..

Lama benar rasanya.. Nak sentuh keyboard pun kena cari dan curi peluang.. Dahla bukan hakmilik.. Jadi, wajiblah saya menghormati pemilik keyboard dan notebook acernya..🙂

sss

sedara sedari yang budiman,

Apabila kita kehilangan atau kekurangan(lebih tepat) sesuatu perkara yang  dianggap penting dan mesti ada dalam diri sendiri, maka kekurangan itu kadangkala menjadi penghalang besar kepada pencapaian yang lebih baik dalam kehidupan..

Percaya atau tidak, kita lihat diri sendiri!

Bukan setiap masa tetapi sedikit sebanyak itu memang mempengaruhi.. Terkadang kekurangan bukanlah perkara yang ‘existing’ dalam diri kita tetapi ia berlaku disebabkan peristiwa atau keadaan yang menekan..

Terkadang juga, kita sendiri yang mencipta kekurangan atau kelemahan itu.. “Buka pekung di dada”. Kita selalu dengar bukan..

Atau terkadang juga kawan sendiri yang tak reti jaga hati.. Depan khalayak ramai pula tu, diaibkannya kita.. Bagaimana?

Sabar, marah, malu atau sedar yang kita perlu berubah?

Anggaplah ia mudah untuk diselesaikan.. Dah buat, tanggung sendiri..

Atau kita minta sahabat baik untuk membantu. Beri galakan, dorongan dan juga nasihat. Ya, mungkin berbincang adalah cara terbaik.. Atau beruzlah untuk sesi muhasabah berkesan menjadi pilihan di hati.. Mungkin.. Ia juga bagus andai kena caranya..

Saya juga bukan ada strategi khas untuk membuang kelemahan dan kekurangan.. Nak buang sepenuhnya dengan segera pastinya sulit sekali tetapi meminimumkan itu tanggungjawab..

‘Jangan pernah merasa tidak mampu’..

Cuba dan berusahalah..

Pesan Nabi SAW:

“Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,

dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T.”

ps: cuba untuk membaiki rumah yang usang lagi bersawang🙂

4 thoughts on “Jangan pernah..

  1. Lah_SE says:

    salam alaik..

    uuuuiiii!! berat ni… segla yg kurang ni lebih suke pndam sndiri je.. cmne? Cuba la kan.. InsyaAllah🙂

    1. abudarwis says:

      salam lah_se,

      2×5 je.. Tapi, nak tak nak krnr ubah utk masa depan..🙂

      al fasih,

      salam kenal jge.. Bagus tulisan akhi.. InsyaAllah akn selalu brkunjung..🙂

  2. kerikiljalankaki says:

    salam dham=>

    tambah bermadah entrinya..heee.
    yang tetap iu adalah perubahan.Yang kita tetapkan adalah perubahan kearah yang lebih baik..saya setuju pandangan awak, minimumkan tiap hari..kalau kualiti x bertambah pun..paling kurang..x berkurang=>

    KUIS still cuti ke(H1N1)..? sowi, hari tu saya ada plan nak “sembang ilmu” dengan awak via email, tapi dah x jadi, masa saya terlari2 kesana-sini.hehe. lepas kakak saya khawin saya balik semenanjung,abg saya(NILAI) balik sabah, adik saya pun baru habis study nak balik ke Sabah.last2,saya hanya merefresh ilmu2 kat blog sapa2 yang banyak ilmu.hehe.
    dham, rajin2 post entry=>!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s