Sebelum ramadhan

Salam semulia ramadhan๐Ÿ™‚

Sedikit cerita sebelum kita menempuh bulan agung beberapa jam lagi…

Masih lagi, saya merasakan kerugian benar tidak merantau. Siapa tak mahu, andai dapat tawaran sambung belajar di luar Malaysia. Kata orang “Jauh perjalanan banyak pengalaman”. Betul sangat. Tapi, betul juga “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.”

Itulah… kehidupan…

Zaman ini, manusia yang tak merebut peluang dianggap bodoh dan dungu sedangkan hakikatnya di dunia ini disetiap zaman pun, kita hidup bersama manusia lain dimana saling memerlukan. Rugi pada pada pandangan manusia tidak bererti rugi di sisi Allah Taala. Ada bahagian yang kita akan peroleh di kemudian hari, InsyaAllah..

Makin ramai

Keluarga saya di tawau, Sabah selama 6 tahun. Penghujung 2006, mereka kembali ke semenanjung dan terus tinggal secara tetap di Nilai, Negeri Sembilan sehingga sekarang. Dan saya pada waktu itu, kebetulan bekerja setelah tamat diploma, menetap sekali menemani emak memandangkan abah bekerja di Perak. Kami agak rehat selama setahun. Maklumlah, tempat baru. Masuk tahun kedua, saya dapat ‘tender’ tiada nilai untuk mengajar mengaji anak-anak jiran. Memandangkan juga, saya selalu pulang lewat atas sebab desakan kerja yang berlambak hampir setiap hari, emak bersetuju untuk mengambil alih ‘tender’ tersebut juga hingga sekarang.

Seingat saya, anak murid mak hanya dua orang pada 2008. Mak tak pernah promosi. Saya sendiri tak pernah promosi. “Kita ni biasa-biasa je. Tak payah la promosi.. BIar yang ini pandai dulu. Esok-esok dah masuk Quran, baru kita cuba promot..” Begitulah kata emak. Saya terima. Saya pun bukan kisah sangat. Kita ajar pun nak minta apa-apa.. KIta nak budak-budak ni pandai dan rasa seronok dengan Al Quran.

Dalam satu maksud hadith pendek yang diriwayatkan oleh Bukhari dan MUslim, Rasulullah saw bersabda dari Utsman bin affan, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al Quran dan mahu mengajarkannya.”

Tapi, selepas-selepas itu, semakin hari semakin ramai yang menghantar anak-anak mereka. Emak tak menolak. Saya pula yang risau sebab emak juga ambil upah menjahit. Bimbang kelam kabut. Tetapi, keyakinan melalui pesan Nabi SAW melalui hadith baginda sudah cukup memberitahu bahawa segalanya akan dimudahkan Allah Taala.

Sehingga hari ini, anak murid emak sudah lebih 10 orang. Bukanlah terlalu ramai. Sesuailah dengan keupayaan seorang ibu. Nak tak nak kena bahagi dua juga, ada sesi petang selepas asar dan sesi malam selepas maghrib.

Bising memanglah bising. Dah namanya budak. Kalau bapak budak buat bising memanglah pelik. Takpelah.. Biarlah rumah saya bingit. Pe’el budak-budak yang belum baligh ni kekadang buat kita gembira dan tersenyum. Agak-agak dah overlimit, pandai-pandaila tinggi suara sikit. Kita pun dulu lebih kurang apa..๐Ÿ˜€

ONE MALAYSIA

Saya sayang Malaysia. Semua rakyat malaysia. Jangan ditanya apa ideologi pilihan, bangsa, keturunan dan agama. Malaysia tetap di hati. Justeru, sebelum One Malaysia digagaskan lagi oleh Dato Seri Najib Razak pun, One Malaysia sudah ada. Apa yang diterapkan dalam One Malaysia nampak seperti pengulangan dan rakyat seolah-olah tertanya-tanya adakah selama ini kita sesama sendiri tidak menghormati langsung kemajmukan Malaysia.

Jangan diungkit perbalahan disebabkan salah faham. Malah, selalunya kita tidak mahu menyoalkan pun. Saya pernah menumpangkan remaja berbangsa India yang berjalan kaki tanpa saya menyoalkan apa-apa mengenai perbezaan selain sempat beborak tentang perkara yang ‘simple’ dan mengeratkan hubungan walaupun seketika. Begitu juga remaja tersebut, yang agak terkejut kerana saya sanggup menumpangkannya.

Saya tak kata One Malaysia ‘sampah’ tetapi’ ia hanyalah slogan baru oleh PM yang baru. Seperi Islam Hadhari yang dicanangkan PM terdahulu, yang semakin kita rasa ‘kehilangannya’, maka tunggulah nanti samaada One Malaysia mampu bertahan atau tidak.

Hanya pandangan saya…

H1NI, Autorun dan Trojan

Ia menyerang tanpa di sangka. Andai H1N1 menyerang manusia, Autorun dan trojan yang semakin mengganas pula menyerang ‘Desktop PC, notebook dan segala bentuk ‘device’ yang berkaitan. Rumah sewa saya di sri Putra ini pun sedang dipenuhi notebook2 yang diminta oleh tuannya untuk diformat setelah sekian lama ‘dikuarantin’. Kalau tak kuarantin, maka ia akan terus berjangkit dan ‘memakan’ segala fail dan data yang disimpan. Maka lagi, cadangan dari sahabat-sahabat saya , selain dari amalan biasa ‘scan’ dan ‘defrag’ andai sedara sedari mempunyai keinginan untuk maju setapak kehadapan, beralihlah kepada ‘Operation System’ yang lain iaitu Linux. Macam-macam ada dan paling baik setakat ini ialah LInux Fedora.

H1NI pula?? MOga ramadhan yang bermula esok penawar terbaik.. Baca Quran lebih lama dari biasa, amalan sunat lebih dasyat dari biasa dan segalanya luar biasa sepanjang bulan mulia ini terutama 10 malam terakhir.. Kita sama-sama berdoa..

Perlu diingat, ia datang dari Allah dan ubatnya juga dari Allah.. Kita back to basic๐Ÿ™‚

Ramadhan ini

Ia ramadhan ke 25 buat saya. Saya tidak ingat sejak umur berapa saya sudah mula berpuasa penuh. Walaupun diupah satu hari penuh, dapat rm 1๐Ÿ™‚ Namun, yang pasti Allah telah memberi peluang sebanyak 25 kali untuk saya merasai hidup di bulan ini. Justeru, seperti kebiasaan ramadhan adalah madrasah tarbiyah terbaik buat semua. Kita grab peluang yang ada, InsyaAllah..

Itu saja setelah sekian lama ‘berehat’…๐Ÿ˜‰

Selamat berpuasa dan bersahur..

2 thoughts on “Sebelum ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s