Tiga bulan kemudian……

AsSalamu alaikum warramatullah..

kekok sikit..

Huh! Tiga bulan tak ngeblog.. Saya tidak ada alasan untuk ‘percutian’ ini.. Ia menyakitkan.. Pedih dan senak.. Lebih senak dari senak perut terkena rembatan bola futsal di depan pintu gol. Hehe.. Allah.. Mujahadah sungguh!!

Selain ketiadaan laptop selama berbulan-bulan lamanye, mungkin alasan lain yang kukuh ialah urusan perkahwinan adik saya yang baru saja selesai.. Sangat sibuk sebenarnya, sehinggakan saya terbayang-bayang betapa penat kesibukan itu ketika sesi perkuliahan.. haha.. Dasyat..

Banyak lagi, dan antara yang di’heboh’kan di sini seperti yang sudah dilakukan di facebook, ialah menjawab pertanyaan orang,”Ekau bilo lagi?“..

Ada  jiran-jiran yang memang orang nogori duk bertanya soalan sama. Asal bertembung. Soalan tulah ditanya.. Saya macam biasa. Senyum meleret sambil memikirkan kalau-kalau ada peluang untuk mengubah tajuk perbualan..🙂 Dan selalunya, memang susah..

InsyaAllah, doakan saya pakcik.

Senang hati menghabiskan perbualan begitu.. Mereka tak sambung, saya pun tak pening..

Adab berbicara😀

Boleh saja kalau saya sambung dengan pertanyaan, “Pak cik ada anak perempuan? Saya ni bukanlah memilih sangat, asal elok menutup aurat, jaga solat, lancar bacaan Al Qurannya, itu dah kira boleh.. Ada degree lagi bagus.. ”

Macam terdesak je bunyinya.. Sebab tu saya malas nak panjangkan.. Takut-takut terkeluar skrip tu.. Jadi, bertenang dan buat-buat macam banyak ‘pilihan’..😀

Allah..

Seronok rasanya berAdik ipar.. Bertambah besar keluarga Hambali.. Pastinya, raya tahun depan lebih meriah🙂

Dan saya masih memilih untuk begini..

Tenang untuk kekal di tangga ini..

Tanpa rasa bersalah dan sangsi..

ps: Best betul dapat pekena ikan bakaq kat kuala perlis kelmarin.. AlhamduLillah..

6 thoughts on “Tiga bulan kemudian……

  1. “Boleh saja kalau saya sambung dengan pertanyaan, “Pak cik ada anak perempuan? Saya ni bukanlah memilih sangat, asal elok menutup aurat, jaga solat, lancar bacaan Al Qurannya, itu dah kira boleh.. ADA DEGREE LAGI BAGUS.. ””.
    statement ni yang mahai. ngeee🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s