Nekadku demi cinta

Tidak ada kata yang mampu saya ungkap selepas mendapat berita pemergian Tok Guru Nik Aziz ketika pulang dari kerja malam 12 Feb lalu. Ia malam yang begitu sayu. saya terkenang wajah mulia itu sepanjang perjalanan ke rumah. Malam itu sejurus sampai ke rumah, Saya beritahu isteri yang saya akan ke kelantan. Jam waktu itu jam 11 malam. Saya nekad akan mengambil cuti kecemasan.

Namun, tidak sesekali saya culas dengan amanah kerja. Projek ‘Regression R66’ tinggal 2 minggu terakhir untuk disudahkan dengan 2 ‘country’ yang paling ‘complicated’ iaitu Hongkong dan Singapura. saya sudah menghabiskan masa lebih dari seminggu menganalisis data dan dokumenkan segalanya. malam itu tinggal data singapura yang belum saya siapkan. saya perlu sudahkan dalam masa 2 jam. saya menghubungi sahabat saya bukhari dan beritahu andai saya tidak dapat menyiapkan tugasan sebelum pukul 1 mungkin harus dilupakan niat untuk ke kelantan. Tok guru pun selalu pesan kena amanah. Mengeluh juga saya kerana begitu susah mahu fokus untuk siapkan tugasan dalam keadaan hati sudah di pulau melaka.

Alhamdulillah, tepat jam 1257 pagi, selesai menghantar emel dan ‘hand over kerja ke ‘team lead’, saya bersiap dan bertolak lebih kurang jam 115 pagi. Saya singgah di keramat AU untuk mengambil sahabat saya Bukhari dan kami terus ke kelantan.

Sepanjang perjalanan saya cuba berborak perkara-perkara lain dengan bukhari. Bukan tentang tok guru. memandu dalam keadaan sedih, saya tak tahu apa akibatnya. saya juga mengelak untuk membuka FB sebelum bertolak kerana akan lebih sedih membaca status2 tentang tok guru. Biarlah nanti-nanti selepas pulang.

Kami berhenti di petronas besar sebelum susur keluar ke bentong. Jam pada waktu menunjukkan 2 pagi. kami bertemu dengan beberapa rombongan ke kelantan. saya dan bukhari duduk di satu sudut terpisah dari mereka sambil menghirup kopi panas. minum kopi awal pagi meningatkan saya ketika tinggal rumah sewa semasa menuntut di kolej dulu.waktu-waktu beginila saya masih bernafsu mengopi sambil mengupdate ‘abudarwis’.

Rombongan-rombongan itu riuh berbual sambil turut melayan keenakan kopi panas. saya curi-curi dengar perbualan mereka.

“Ok bang, rasanya kami nak gerak dulu. Kat kuala krai dah sangkut katanya. sesak teruk”. kata seorang pemuda. mereka bertukar-tukar nombor telefon dan masing-masing bergerak meninggalkan kami.

Saya terus pandang bukhari. Kopi masih banyak. saya terpinga-pinga sambil bertanya “Boleh ke kita sampai ni bukh? aku drive tak laju. ikut jalan bentong-raub-lipis-gua musang, 90km/j pun dah kira laju. Lepas lipis 90km/j dah kira sangat laju. jalan berombak dan banyak selekoh”, jelas saya kepada bukhari. Bukhari diam saja. Saya tak dapat menghabiskan kopi di situ. Saya minta penutup cawan kertas berisi kopi itu dan kami meneruskan perjalanan. saya cuba yakinkan bukhari, inshaallah bahawa kami akan sampai gua musang menjelang subuh.

Alhamdulillah, tepat jam 605 pagi kami tiba di RNR Gua Musang. Beberapa kali saya hampir terbabas kerana terlelap. Beberapa kali juga hampir masuk ke laluan bertentangan. Disaat itu juga Allah sedarkan saya dan segera saya membetulkan stereng. saya berpeluh sambil istighfar dan meneruskan perjalanan. setiap kami saya cuba untuk segarkan mata setiap kali itu juga saya terlelap dan hampir terbabas. Allah. Oh Allah,  aku yang hina, kotor dan busuk ini kau panjangkan umur ya Allah. ya Allah. sampah ini bahu bertemu hambaMu yang mulia buat kali terakhir. Permudahkanlah ya Allah. Amin.

Usai subuh berjemaah di surau RNR saya melelapkan mata seketika. 640 kami meneruskan perjalanan. sangat ramai waktu itu di RNR. Kecintaan mereka kepada insan yang mencintai Allah dan Rasul sangat menakjubkan. ada yang membawa anak-anak yang masih kecil. ada yang membawa orang tua yang sebaya umurnya dengan Tok Guru. Mereka semua dari jauh. Malah mungkin ramai dari mereka yang tak pernah langsung berjumpa dengan tok guru. Tetapi cinta dan kasih mereka yang membawa mereka ke sini. Ke bumi yang menjadi saksi perit pejuangan seorang insan mulia untuk mendaulatkan Islam.

kami tiba lebih kurang 1015. Sudah lah tak tahu di mana lokasi sebenar. Hanya berpandukan GPS kami cuba yakinkan kami di jalan yang benar! Selesai parkir, kami membuntuti orang-orang yang berjalan ke satu arah yang kami pasti ke masjid tok guru. Hairan juga. Dalam kami mengekori orang-orang ke satu arah, kami bertembung dengan ramai orang. Saya tertanya-tanya, mana satukah arah yang betul. 1km kami berjalan orang-orang yang kami buntuti berhenti mengambil wudhu di sebuah surau kecil. kami pun berhenti untuk turut berwudhu juga. selesai berwudhu, kami meneruskan langkah kami. kali ini kami saja. orang-orang yang kami buntuti sudah entah ke mana.

“betul ke kita ni bukh?’ soal saya. “ke dah selesai?” soal saya lagi.

Langkah kami makin laju tatkala kami bertembung dengan kereta peronda polis yang membawa PM Dato Seri Najib dan Tengku Li.

“Aku rasa memang dah selesai Adham”, jawab bukh.

“Bukh, kita mesti teruskan”, tegas saya.

Kami tiba di satu simpang empat dan di situ lah kami bertembung dengan lautan manusia. Cuaca pagi itu tak tahu saya nak gambarkan bagaimana. Sejuk. Tenang. Mendamaikan.

kami nekad untuk merempuh masuk ke dalam lautan manusia. langkah saya terhenti pabila bertemu dengan sahabat-sahabat Akmal dan Ehsan. Mereka sudah mahu pulang.

Akmal maklumkan pada kami, yang tok guru sudah dikebumikan. sayu hati saya.

“Tak apa la mal. kami nak masuk juga.”

Kami bersalaman dan berpelukan. “Tak ada talkin tau bang,” beritahu akmal.

Kami meneruskan perjalanan. Kami masuk ke satu kawasan yang kami yakin ia ialah tanah perkuburan. Kami lihat ada yang memanjat pokok, pagar dan bumbung rumah. Saya nampak petugas-petugas unit amal berpegang tangan membuat laluan yang memisahkan kumpulan yang mahu masuk dan keluar. Saya mencuit bukhari yang nekad mahu memanjat pagar dan menunjukkan laluan ke tanah perkuburan. Perlahan-lahan kami masuk. Hati saya makin sayu. Pabila melihat dua buah khemah besar yang mana saya yakin di situlah tok guru disemadikan. Saya dan Bukhari cuba untuk lebih rapat lagi. Akhirnya langkah kami terhenti. Saya terdiam. Orang ramai mengangkat tangan berdoa. Sayup-sayup suara orang yang mengetua bacaan doa. Saya juga dengar suara-suara sebak di kiri dan kanan saya. saya cuba menahan air mata dari jatuh.

Saya mula terbayang wajah tok guru lagi. Terngiang-ngiang suara tegas beliau berbicara. Allah.

Saya tidak ada kenangan berbicara dengan Tok Guru secara empat mata. Saya tak pernah ambil gambar beliau. Curi-curi ambil pun tak pernah. Saya tak pernah ada kenangan bersalam dan cium tangan beliau. Saya ada kesempatan untuk berbuat demikian ketika beberapa kali beliau hadir ke ceramah beliau di bangi. saya masih ingat satu ceramah di surau annur. saya duduk agak terkebelakang. Tetapi kedudukan saya tepat ke muka tok guru. saya fikir itulah kedudukan saya paling hampir dengan tok guru.

Ketika beliau turun dari surau saya sudah menunggu di bawah. Andai-andai dapat peluang bersalam dan cium tangan beliau.  Elok saja beliau turun orang ramai sudah berkerumun mahu bersalam. Saya mahu. tapi saya terkedu. melihat tok guru berjalan saja sudah buat saya terpaku. Allah. Saya tak mahu merempuh dan berebut. saya biarkan saja dan berharap satu hari nanti akan dapat peluang bertemu beliau.

Sehinggalah beliau pergi bertemu Pencipta dan saya tahu tidak ada lagi peluang bertemu insan mulia ini. Kalau orang tanya saya apa beza beliau dengan ahli politik lain. Saya hanya akan menjawab yang beliau tak boleh dibandingkan dengan sesiapa. Tok guru istimewa. Tok guru murabbi kita semua. Cara hidup tok guru memang sangat mencontohi Nabi SAW. Cara pakai tok guru. Cara tok guru melayan tetamu. kata-kata tok guru. semuanya berpandukan Nabi SAW. Sudah semestinya kasih tok guru pada Nabi SAW yang menjadikan tok guru begitu. Ia sangat istimewa. mengenali tok guru amat istimewa. Biarpun dari jauh. Biarpun tak pernah ketemu. Biarpun tiada gambar untuk ditatap,ia akan tetap terpahat sebagai kenangan yang paling indah dan istimewa. Cinta dan kasih beliau pada Allah dan Rasul akan tersemat sebagai azimat untuk meneruskan kehidupan ini. Mengenali tokguru buat kita bertambah kasih pada Nabi SAW. Itu lah tokguru. Tok guru sudah pergi. Tetapi tarbiyah itu tetap berjalan seolah-olah tok guru masih hidup.

Ya Allah. Ampuni tok guru. maafkanlah tok guru. tempatkan tok guru dikalangan kekasih Mu SAW, para sahabat dan orang-orang yang soleh. Amin. Ya rabbal ‘alaamin.

Tok Guru, Damailah dikau di sana. Selamat Bersara!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s