kerinduan itu sedikit terubat

saya rasa adil andai saya mengatakan bahawa kuliah ilmu yang berkualiti sangat sukar untuk kita berpeluang terpilih berada di dalamnya.Bukanlah saya ingin mengatakan ada kuliah yang tidak berkualiti. tanda aras saya mungkin berbeza. saya suka juga kalau kuliah ada sedikit selitan2 lucu atau memang melucukan dari mula. Ia jauh lebih baik dari hanya bersila di depan TV menonton berita TV3 yang memang jelas menanam perkauman dan kebencian.

Tidaklah juga menghadiri kuliah itu untuk saya menilai para asatizah yang memberi kuliah. saya cuma rasa amat bertuah jika terpilih berada dalam kuliah yang dicemburui orang lain. Seperti ramai kawan2 saya yang selalu hadir bertalaqi dengan Tuan Guru/sheikh yang hebat. Mereka bertuah. Dan selalu mengejek dengan cara terhormat. Seperti malam tadi, saya rasa sangat bersyukur berada dalam kuliah tafsir Ustaz Saifullah Samsudin. Ustaz Saifullah bukan asing bagi saya. Semasa belajar di peringkat diploma dan sarjana muda, saya memang ahli usrah beliau. sekarang beliau tinggal berhampiran kediaman saya Desaria Nilai 3 ini. Maka kelibat beliau memang tidak asing di sini. senangnya, sekarang kami berjiran. Beliau maklum kenapa saya selalu tidak dapat hadir ke kuliah beliau. Ada beberapa kali kami sempat bersembang di surau bercerita tentang keadaan terkini.

“Oh, enta kerja IT di standard chartered?”, tanya beliau

“Ya ustaz. Syarikat multinasional ustaz. masa tak menentu. kalau ada ‘problem’ kena stay sampai selesai. Lagi pula bank. Tapi saya boleh ‘Work From Home’ sekali seminggu. Saya kena register dalam ‘WFH system’ kemudian manager akan approve baru saya boleh kerja dari rumah”, jelas saya.

“Oh, sama macam abang ana la. kerja syarikat antarabangsa di cyberjaya. kadang-kadang nampak dia santai saja kerja access server dari rumah”,tambah ustaz mengiyakan penjelasan saya.

Saya mengangguk dan tersenyum.

Mendengar kuliah ialah kegemaran lama yang saya cuba kerapkan kembali. Saya sedar ditahap ini dengan anak yang membesar, halangannya juga besar. Zaman mahasiswa sudah lama berakhir. Zaman bersila 1jam 2jam di masjid mendengar kuliah, menadah kitab tanpa tekanan. Seronok mengenangnya. Tidak sesekali saya menyesali.

Menjadi suami dan bapa juga menyeronokkan. Malah lebih menyeronokkan.

Kata kawan saya, “Kau jadi suami, kau jadi bapa, kau pikul tanggungjawab dan dosa mereka juga, kau rasa berat bila diduga (duit tak cukup, anak tak dengar cakap, isteri merajuk), kau amal dan doa sungguh-sungguh dan kau akan semakin dekat dengan Tuhan. Dengan izin Allah, semua itu akan mematangkan dan menjadikan kau lelaki yang lebih hebat setiap hari”.

Oke benar! Saya memang tidak mahu terlalu memikirkannya. Kalau saya kena jaga anak, saya jaga. makanya saya terpaksa ‘ponteng’ kuliah. kalau anak oke, tak nakal dan tak banyak kerenah, saya akan bawa anak sekali. Begitulah. Itu pun hujung minggu sahaja.

Anak nakal tak dengar kata kerna dosa mak ayahnya. Sebab itu saya mengelak untuk merungut. Cuba didik dengan cara terbaik dan praktikal. Anak kita, kita yang tahu cara nak tangani. Kalau Allah berkehendak akan kebaikan keatas diri kita dan keluarga, kita akan sampai juga ke masjid untuk berjemaah dan menghadiri kuliah. kalau asyik ‘tak sempat’ dan banyak sangat halangan berhati-hati dan pohonlah ampun pada Allah. Itu saja. Yang penting azam kena kuat dan lawan untuk istiqamah.

Begitulah untuk kesekian kalinya entri kedua dalam masa dua hari. banyak lagi yang ingin diperkatakan. saya ingin sekali menyentuh tentang realiti dakwah. dulu2 entri saya selalu bercerita tentang dakwah dengan keras sekali. bukan main lagi tegasnya. Malu juga. bekerja dengan bangsa asing yang belum beragama Islam buat saya kerdil dan terpukul. hakikatnya, dakwah itu ialah kita bersikap & berahklak dengan sikap & akhlak yang terbaik. bersikap dengan sikap terbaik bukanlah bermaksud kita meraikan cara mereka dengan merayakan perayaan mereka dsb. ia ada kupasan2 praktikal (bukan teori semata2) yang perlu dibahaskan dan dikaji. Biarpun kita ini taat beribadah dan kelihata alim, tapi jika sekali kita ‘kasar’ kepada mereka maka jangan harap mesej Islam itu dapat disampaikan. Hatta sekecil2 perkara yang kita selalu remehkan seperti tidak merokok juga dipandang tinggi oleh mereka sebagai akhlak muslim. Bayangkan berapa ramai yang mengaku da’ie tetapi merokok.

Tidak mengapa. saya sentuh di lain entri.

Wallahu’alam bissawwab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s