Apa yang mereka mahu?

Orang awam selalu berasa dalam kekeliruan dan kemarahan yang dahsyat. Keliru dan marah kerana apa? Keliru dan marah kerana golongan cerdik pandai agama bertelegah sesama sendiri. Kita selalu okay kalau mereka yang cerdik pandai agama ini berbeza pendapat. Tidak kira isu apa pun. Tetapi kita akan marah dan keliru andai mereka berbeza dan bodoh sombong dengan pandangan mereka sendiri sehingga bertelagah. Bertelagah bagaikan dua kanak-kanak yang mahu membogel satu sama lain. Maka sebilangan besar orang awam yang bodoh dan dungu akan turut bertelagah bogel-membogel sesama mereka atas alasan membela kumpulan dan orang  mereka sokong.

Ketara bodohnya orang awam yang bertelagah ini kerana mereka membela dengan cacian dan carutan tanpa mengeluarkan sebarang hujah-hujah yang baik. Malah kita boleh melihat betapa cetek dan kurang matangnya mereka yang membalas-balas cacian dalam media sosial. Ada diantara mereka atau mungkin kebanyakan dari mereka meletakkan gambar anak-anak sebagai profil tetapi mengeluarkan kata-kata kesat yang andai dibaca anak-anak mereka, maka anak-anak mereka juga akan menggeleng kepala.

Itu belum lagi soal perbezaan yang gagal ditangani oleh sebahagian besar oleh mereka yang sangat berminat dan setia dalam politik kepartian. Mereka yang pro kepada ketua mereka bertikam lidah dengan yang tak pro kepada ketua. Kita fikir bertikam lidah itu biasa, kerna mungkin sejak dari zaman universiti lagi kita sudah dibiasakan dengan meraikan perbezaan. Namun malangnya ia tidak berterusan. Lebih teruk lagi, dengan mudah kita menanam api permusuhan. Tidak sehaluan maka mari lah bermusuh. Ini sangat malang. Sangat malang dan menyedihkan.

Ada kumpulan yang berlepas diri dari kumpulan-kumpulan yang ‘bermusuh’. Kita fikir juga yang berlepas diri ini lebih selamat dan aman. Rupanya tidak juga. Malah dilabel tidak berpendirian seperti lalang.  Apa yang mereka mahu agaknya? Duduk disebelah mereka dan turut bergaduh mulut bagi pihak mereka? Membela ketua mereka dalam keadaan tidak rela? Membela secara pura-pura  demi menjaga hati sahabat rapat yang dulu sebantal setilam ketika di universiti? Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Kita memilih untuk berlepas diri bukan kerana kita mahu berehat dan ‘relax’. Bukan kerana mahu melarikan diri dan mengelak. Kita berlepas diri kerana mahu menjaga hati. Kita cuba untuk faham. Kita membaca dan mendengar. Kita bertanya dan hadam sebab dan punca.

Kita gigih cuba untuk menjernihkan permusuhan dikalangan mereka dengan memujuk mereka supaya berlapang dada kerna kita masih bersaudara. Kita yakinkan mereka dengan nasihat yang lembut “andai ada sahabat kau yang tidak lagi sejalan dengan kita, jangan dibuang mereka. Jangan dicaci maki mereka kerna kita belum diuji seperti mereka yang sudah berjuang berpuluh tahun awal dari kita, mereka diuji lebih dahsyat”.

Mereka terima tapi tak lama. Mereka terus berkempen dan terus bodoh-membodoh sesama mereka. Kesudahannya, kita berlepas diri. Diam itu lebih baik dan menenangkan. Dan andai diam yang dikatakan baik dan menenangkan itu juga tidak berpendirian seperti lalang maka kita mengharapkan biarlah lalang ini terus subur dari berpendirian seperti lautan yang teguh tetapi hidup dengan menenggelam apa sahaja yang belayar di atasnya. Wallahu’alam bissawab.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s