Bersekolah di rumah kerana takut anak terpengaruh? Ini pendapat saya

Saya tidak nafikan bahawa ‘homeschooling’ atau bersekolah di rumah adalah satu alternatif yang baik. Malah anak saya sudah bersekolah di rumah seawal 2 tahun. Kini anak saya masih meneruskan sesi sekolah di rumah walaupun dia sudah bersekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Sekolah di rumah mesti diteruskan. Petang selepas pulang dari PASTI, rutin biasa ialah rehat dan bermain. Anak saya dalam seronok bermain dia akan mengulang-ulang apa yang dia belajar di sekolah. Kekadang terdengar dia membaca doa iftitah, kekadang hadith, kekadang surah lazim yang pendek, kekadang doa dhuha yang dilagukan dan kekadang lagu tema Mat Dan kaki jalan. Dalam dia ulang-ulang sebut apa yang dia belajar di sekolah sambil bermain, kami akan betulkan kalau dia tersalah.

Rutin yang lebih serius cuma bermula pada waktu malam sebelum tidur. Sesi malam hanya sebentar sahaja. Mungkin sekitar 1 jam. Guru utama di rumah sudah semestinya isteri saya. Anak akan diberi latihan mengaji Al Quran dan hafalan, membaca rumi dan jawi, menulis, sedikit latihan matematik dan asas bahasa inggeris. Hanya hujung minggu saya akan beraksi sebagai guru tambahan. Itu rutinnya.

Kenapa masih menghantar anak ke sekolah sedangkan boleh berjimat dengan meneruskan pendidikan di rumah?

1. Belajar bersosial

Anak perlu belajar bergaul. Dalam bergaul dia akan bermain dan belajar bersama. Dia akan silap dalam melayan kawan-kawannya. Kawan-kawannya juga begitu. Cikgu akan menegur dan memarahi. Biarkan dia ditegur dan dimarahi. Apabila dia pulang, dia akan jujur bercerita yang dia dimarahi cikgu dan ibubapa akan bertanya tentang salahnya dan beri nasihat. Ia satu proses. Biar anak melaluinya.

2. Guru di sekolah dan ibubapa di rumah ialah satu gandingan yang ideal

Apabila sudah putuskan untuk menghantar anak ke sekolah perkara pertama yang perlu ibubapa sedar ialah ibubapa menyerahkan tugas mendidik kepada orang lain. Nah, di situ harus wujud rasa percaya kepada orang dan sistem yang diterapkan. Apa yang rasa kurang guru akan, ‘top up’ di sekolah dan begitu juga sebaliknya. Kombinasi ini sangat baik. Guru ada kelemahan. Begitu juga ibubapa. Saling bekerjasama lah.

3. Belajar berdikari

Anak akan lebih belajar banyak perkara sendiri di sekolah. Susun kasut (jarang buat di rumah), ambil makanan dan berbaris (jarang juga), mendengar arahan orang lain yang asing selain ibubapa,  basuh selepas buang air kecil danan besar (kalau sudah belajar di rumah anak akan lebih improve di sekolah), membantu kawan (kalau anak tunggal di sekolah lah tempatnya) dan banyak lagi.

4. Kestabilan

Anak yang membesar perlukan kestabilan. Anak yang lebih stabil, akan lebih baik pandangan mereka terhadap apa sahaja yang berlaku disekeliling mereka. Anak yang stabil sikap mereka tidak akan cepat melatah dan menghukum. Malah anak yang stabil sikap mereka akan memandang setiap perkara dengan penuh kesederhanaan. Tidak meninggi diri dan tidak memandang rendah orang lain. Lebih bijak bergaul dengan kawan bukan sejantina. Dan kestabilan sikap hanya boleh terbentuk di dalam diri dengan melepaskan mereka menyelami kehidupan di luar termasuk di sekolah. Jangan terlalu percaya anak dan jangan terlalu curiga. Sentiasa ‘keep in touch’ dengan mereka.

5. Percaya yang anak juga boleh menerima pengaruh baik dan beri pengaruh buruk

Terlalu paranoid dengan pengaruh yang akan diterima jika menghantar anak ke sekolah adalah satu kesilapan. Ibubapa yang terlalu takut anak akan mudah terpengaruh jika bersekolah di luar ialah ibubapa yang memandang rendah anak orang lain dan percaya anak mereka lebih baik. Mereka tidak percaya yang anak juga boleh menerima pengaruh yang baik di luar rumah. Ibubapa yang punyai sikap begini ialah ibubapa yang pentingkan diri dan merampas hak anak untuk hidup seperti anak anak lain. Percayalah, anak kita juga boleh beri pengaruh yang kurang baik kepada orang lain dan belajarlah bersangka baik. Bidalan sediakan ‘payung sebelum basah’ tidak boleh digunakan untuk ini.

Anak-anak kita ialah amanah Allah dan pemimpin masa depan. Berilah ruang kepada mereka untuk membesar seperti anak-anak lain. Ruang yang diberi bukan bermakna bebas tetapi ruang yang ada sempadan. Biarlah dari kecil mereka belajar untuk silap dan dimarahi. Jadikan kawan apabila sudah remaja dan dewasa. Bimbing mereka dengan ‘steady’ seperti seorang manusia bukan jaga mereka seperti kambing yang takut dimamah serigala. Wallahua’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s