Manusia
Kau sangka alam ini kau hafal seluruh pelusuk
Kau sangka alam ini kau tahu semua ceruk
Sudahnya kau bogelkan
Sudahnya kau londehkan
Bila alam ini mengamuk
Kau bersangka-sangka
Celaka kau manusia
Kau hanya musuh alam
Muhamad Adham Hambali, PJ, 31 Disember 2014