Sunyi malam ini

Sunyi malam ini. Keretapi yang katanya laju dari sebelumnya. Kononnya laju, menjadikan perjalanan malam terasa panjang. Duduk bersandar. Menahan mata dari lelap. Sesekali melunjur kaki, mengetuk-ngetuk peha yang lenguh. Sunyi malam ini. Melihat manusia asyik dengan alat. Alat yang dicipta untuk menghubung dan berhubung. Tunduk, berkerut dan laju jari jemarinya. Sesekali nampak ditonggeng-tonggeng alat itu. … Continue reading Sunyi malam ini

Bersekolah di rumah kerana takut anak terpengaruh? Ini pendapat saya

Saya tidak nafikan bahawa 'homeschooling' atau bersekolah di rumah adalah satu alternatif yang baik. Malah anak saya sudah bersekolah di rumah seawal 2 tahun. Kini anak saya masih meneruskan sesi sekolah di rumah walaupun dia sudah bersekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Sekolah di rumah mesti diteruskan. Petang selepas pulang dari PASTI, rutin biasa … Continue reading Bersekolah di rumah kerana takut anak terpengaruh? Ini pendapat saya

Kita dan anak

Anak semakin membesar. Tanggungjawab menjaga anak semakin berat dirasakan. Menjaga dalam Islam bukan setakat makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Lebih dari itu, memberi kefahaman tentang Islam itu sendiri. Pilihan dan metod mendidik sudah tentu tidak sama bagi setiap ibubapa. Lewat kebelakangan ini, saya melihat'trend' ibubapa semakin ramai menghantar anak seawal 3 atau 4 tahun … Continue reading Kita dan anak

Big action, Big result?

Setiap permulaan pasti ada penghujung. Sebagus mana henjutan permulaan, dan untuk beberapa ketika prestasi dikekalkan, kita tetap juga akan kepenatan. Maka disitulah pengakhirannya. Tempoh 5 tahun berada dalam industri mengajar saya banyak perkara. Sudah tentu. Saya bukan robot, dikawal untuk terus berada di tempat sama. Cukup lah. Tapi kita juga selalunya kebingungan. Kita bingung kerana … Continue reading Big action, Big result?

kerinduan itu sedikit terubat

saya rasa adil andai saya mengatakan bahawa kuliah ilmu yang berkualiti sangat sukar untuk kita berpeluang terpilih berada di dalamnya.Bukanlah saya ingin mengatakan ada kuliah yang tidak berkualiti. tanda aras saya mungkin berbeza. saya suka juga kalau kuliah ada sedikit selitan2 lucu atau memang melucukan dari mula. Ia jauh lebih baik dari hanya bersila di … Continue reading kerinduan itu sedikit terubat